Sunday, 8 March 2015
Memberi. Kaya. Dakwah
Hidup ini bukan semua tentang kita sahaja. Adakala kehidupan itu perlu diwarnakan juga. BUKAN semata-mata untuk kepentingan kita sahaja. Belajarlah mencintai orang sekeliling kerana ALLAH. Betapa pentingnya kita perlu jalinkan silaturrahim, hinggakan memutuskan silaturrahim itu dianggap HARAM dan DOSA BESAR (tercatit dalam hadith Al-Bukhari)
Hidup ini juga perlu banyak memberi.
Labels:
Usrah
Saturday, 7 February 2015
My Majlis Nikah (Basic Wedding Planning)
Assalamulaikum Hello everyone. :) Hopefully, everyone is well.
Hari ini, Kak Chik ( hari ini versi kakak pulak eh) nak share tips untuk bakal pengantin. Ada beberapa orang bertanya dekat Kak Chik macam mana Kak Chik uruskan duit semasa nak kahwin dulu. Sebenarnya, Kak Chik buat biasa-biasa saja. Buat majlis kecil-kecilan selepas nikah sahaja. Sebabnya, kak chik kahwin bulan puasa. Jadi, tiada majlis besar-besaran ataupun majlis bertandang. JIMAT. Hihihi.
Since, Kak Chik tak cukup masa sebab kak chik, busy sangat uruskan hal sekolah kat UK. Kak Chik balik sebulan sebelum nikah. Masa itu Kak Chik memang tak 'prepare' sangat. Kursus kahwin pun Kak Chik tak buat lagi. Hahaha Tapi, 'for sure' lah.. risau jugak. Kak Chik & bakal suami sediakan barang hantaran sikit demi sedikit. Alhamdulillah Suami banyak sangat membantu.
TQ HUBBY!
Perkara pertama bakal pengantin perlu buat ialah...
Labels:
Tips
Friday, 6 February 2015
Kill The Desire ( for Shopaholic)
![]() |
| Credit to : http://pretendtobenice.com/2014/04/19/dear-k-evil-we-have-a-pick-pocket/ |
Assalamualaikum. I knows ramai yang suka sangat berbelanja kan. Ha tuu.. senyum2 tu. Saya pon shopaholic jugak. Tapi sejak berkahwin (aiceh, xnak kalah) terpaksala cut belanja. Tapi yang bestnya Allah kurangkan nafsu saya untuk berbelanja benda xperlu. Tapi, adalah jugak tersasar dari jalan yang lurus, Overspend! Gizzah!
Labels:
Tips
Monday, 26 January 2015
Kisah Hati 2
Apabila hati dan fikiran mula memikirkan masalah dunia, tidak lagi terperunduk sendiri ,hanya memikirkan diri sendiri. Masalah akidah, masalah negara, masalah keluarga hati ini bagaikan ini tidak tenteram dan sedih. Banyak benar yang aku tidak paham. Adakah manusia kini tidak lagi takut dengan azab yang Allah sudah janjikan kepada orang yang berbuat kesalahan tanpa rasa bersalah?
Sunday, 25 January 2015
Kisah Hati 1
Sebenarnya apa yang kita mahu dalam hidup kita? Kita selalu mengejar sesuatu yang xpasti belum tentu milik kita. Dalam pada masa yang sama, kita abaikan apa yang kita sedang miliki. Keluarga, kerja, isteri, suami,anak, harta dll. Benarkah selama ini kita benar2 bersyukur dengan segala yang kita ada, ataukah perasaan tamak itu menggelapkan rasa syukur kita?
Wednesday, 14 January 2015
Simple Dakwah
Tuhan,
Aku masih lemah dalam mengajak manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Iman ini juga masih tidak utuh
Mudah benar berkecai seperti kaca.
Labels:
Usrah
Sunday, 21 September 2014
Extra-Ordinary Cloth
Nama aku tudung,
Aku punyai banyak nama,
Tudung bawal, Tudung labuh, Tudung panjang, tudung pendek, tudung syria, dan bermacam nama-nama lain yang femes kat pasaran sekarang,
Aku diperbuat daripada 'Cotton', 'Satin', 'Koshibo', 'Chiffon' dan berbagai-bagai,
Aku suka kalau ada mana-mana wanita gunakan aku untuk menutup aurat mereka,
Aku seronok sebab aku jadi perlindung buat mereka,
Aku merasa syukur sangat-sangat bila mereka gunakan aku untuk keluar rumah,
Walaupun hanya selangkah dua keluar rumah untuk menyidai baju ataupun menyiram pokok bunga
Aku suka dibelai oleh tuan pemilikku,
Indah sangat perasaan itu,
Lagi indah jika wanita itu melabuhkan tudung itu sehingga menutup apa yang sudah menjadi kewajipannya,
Aku ingin menjadi perlindung kepada wanta daripada lelaki-lelaki diluar sana
Supaya tubuh wanita itu tidak sewenang-wenangnya diratah mentah-mentah oleh pandangan lelaki
Namun, kadang-kadang aku rasa sedih sangat,
Akibat kurangnya beradap ataupun tiada akhlak oleh si pemakai,
Aku selalu sangat dipersalahkan,
Walaupun aku tak bersalah dalam hal itu,
Aku hanya menjalankan kewajipan aku,
Sinis suara mereka
''Harap saja bertudung, tetapi mulut kamu berpuaka''
Ataupun,
''Harap je bertudung labuh, tapi perangai gedik sangat''
Paling aku tidak boleh tahan
''Cabut jelah tudung kamu, kamu tidak sesuai memakainya sedangkan perangai kamu tidak seindah bahasa,tak secantik rupa''
Sedihnya..
Bukankah aku pelindung aurat wanita??
Aku sangat kecewa bilamana aku dipersalahkan,
Allah mewajibkan wanita menutup aurat, bukan wajib 'bertudung' tapi harus jua menjauhi daripada pakaian yang ketat dan sebagainya.
Harapanku,
Gunalah aku sebaiknya,
Jangan biarkan aku reput di dalam 'gerobok', dihujung dan paling bawah, terselit dicelah-celah rimbunan bajuan,
Ambillah aku,
Tutuplah auratmu,
Agar suatu hari nanti,
Aku bisa jadi saksi mu dikemuadian nanti,
Bahawa kau telah melaksanakan suruhan-Nya yang satu ini.
Wanita solehah hiasan syurga.
Doakan saya.
Labels:
Usrah
Subscribe to:
Posts (Atom)
