Sunday, 8 March 2015
Memberi. Kaya. Dakwah
Hidup ini bukan semua tentang kita sahaja. Adakala kehidupan itu perlu diwarnakan juga. BUKAN semata-mata untuk kepentingan kita sahaja. Belajarlah mencintai orang sekeliling kerana ALLAH. Betapa pentingnya kita perlu jalinkan silaturrahim, hinggakan memutuskan silaturrahim itu dianggap HARAM dan DOSA BESAR (tercatit dalam hadith Al-Bukhari)
Hidup ini juga perlu banyak memberi.
Teringat kata-kata seseorang, apa yang kita ada bukan hak kita selagi mana kita tidak berikan kepada orang lain. Contohnya seperti duit. Memberi tidak membuatkan kita miskin, tetapi menjadi lebih kaya. Secara logiknya, hanya orang 'kaya' sahaja yang banyak memberi. Jangan salah faham, orang kaya dimaksudkan ialah orang yang rajin bersedekah, banyak memberi walaupun kita miskin, tidak punya harta yang melimpah.
Dalam kehidupan seharian kita, pernah atau tidak kita berfikir, apa sumbangan kita kepada orang lain. Apa yang kita sumbang buat masyarakat khususnya tentang ISLAM. Tiap hari berlalu, kita sentiasa berfikir sebegini, bukan? Contohnya, saya bertanya kepada seorang sahabat yang dari kecil menetap di UK, adakah dia pernah diherdik atau dihina kerana beragama Islam? Jawapannya beliau benar-benar buat saya 'tersentap'.
''Saya telah laluinya banyak kali, sewaktu saya disekolah rendah sehinggan kini. Diherdik, dihina dan pelbagai 'di' lagi. Tapi, setelah apa yang saya lalui, saya tahu bahawa saya perlu lakukan sesuatu untuk menjernihkan kesalahfaham tentang ISLAM.''
Dan saya tahu bahawa, beliau sangat aktif dalam pelbagai aktiviti untuk memperjuangkan untuk Islam dan mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan salah tanggapan 'not-yet-Muslim terhadap agama yang suci ini.
Dari apa yang beliau kongsikan, saya dapat rumuskan bahawa kita perlu ada 'ACTION', perlu buat atau tunjukkan. Definisi ini bukan sahaja untuk menyebarkan agama, tapi juga dalam berkasih sayang, mengambil berat dsg.
Dalam erti lain, berdakwah. Dulu persepsi saya mengenai dakwah ini hanya tertumpu pada satu perkara sahaja iaitu berceramah. Tapi sebenarnya, bukan itu sahaja. Banyak lagi cara lain kita mampu berdakwah. Cuma, semuanya terletak kepada kita dan diatas kemampuan kita. Kita bukan nak tunjuk baik, cuma kita nak jadi baik.
Agar penulisan kali ini, menititpkan semangat buat sabahat-sahabat untuk terus tabah. Sgalanya akan berubah kalau kita terlebih dahulu cuba berubah. Doakan saya.
Labels:
Usrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment