Saturday, 7 February 2015

My Majlis Nikah (Basic Wedding Planning)


Assalamulaikum Hello everyone. :) Hopefully, everyone is well.

Hari ini, Kak Chik ( hari ini versi kakak pulak eh) nak share tips untuk bakal pengantin. Ada beberapa orang bertanya dekat Kak Chik macam mana Kak Chik uruskan duit semasa nak kahwin dulu. Sebenarnya, Kak Chik buat biasa-biasa saja. Buat majlis kecil-kecilan selepas nikah sahaja. Sebabnya, kak chik kahwin bulan puasa. Jadi, tiada majlis besar-besaran ataupun majlis bertandang. JIMAT. Hihihi.

Since, Kak Chik tak cukup masa sebab kak chik, busy sangat uruskan hal sekolah kat UK. Kak Chik balik sebulan sebelum nikah. Masa itu Kak Chik memang tak 'prepare' sangat. Kursus kahwin pun Kak Chik tak buat lagi. Hahaha Tapi, 'for sure' lah.. risau jugak. Kak Chik & bakal suami sediakan barang hantaran sikit demi sedikit. Alhamdulillah Suami banyak sangat membantu.

TQ HUBBY!

Perkara pertama bakal pengantin perlu buat ialah...
senaraikan semua perkara penting yang perlu dilakukan. Contoh dibawah adalah kronologi perkara perlu dibuat. Jangan risau. Sebulan before kahwin pun masih sempat. Tapi agak 'rush' jugalah. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum kahwin tu dah 40% da siap ye. Perkara yang Kak Chik cerita disini adalah berdasar pengalaman Kak Chik dan menggunakan bajet kahwin yang rendah.

Uruskan borang nikah
Boleh didapati dipejabat daerah masing-masing. Tapi, bagi rakyat Perak dan Johor, borang nikah dah boleh didapati secara 'online' di laman web jabatan agama di negeri masing-masing. Jadi kerja pun dah jadi senang dan jimat masa. Tetapi, ada juga borang yang tidak didapati secara online dan perlu diambil sendiri di pejabat agama.

Bagi bakal suami yang berasal dari negeri berlainan, anda perlukan pengesahan kebenaran perkahwinan dari pendaftar perkahwinan bagi bakal isteri yang berasal negeri berlainan. Contohnya:

Isteri (Perak) + Suami (Johor) = Suami perlukan kebenaran berkahwin luar daerah. (borang boleh dapat di pejabat agama)

Isteri + Suami dari daerah yang sama= Tak perlukan borang kebenaran luar daerah.

Kursus kahwin - RM80
Kursus kahwin ni Kak Chik buat kat Kemunting, Taiping dibawah Harusani Management. Ianya berhadapan dengan stesen bas Kemunting. Kursusnya selama 2 hari.


Ujian HIV-RM1 (Klinik kerajaan)
Ujian HIV perlu dilakukan didaerah masing-masing ye. Cuma kalau yang bekerja luar dari daerah masing-masing ada klinik yang terima untuk buat ujian HIV ni. Contohnya jika anda berasal dari Perak, tetapi bekerja di Selangor. Untuk kepastian, boleh hubungi pejabat agama tepat bekerja untuk untuk pengesahan. Untuk klinik kerajaaan, pergi kebahagian Wanita & Kanak-kanak dan bayaran dikenakan hanya RM1 sahaja. Masa diambil hanya 15 minit sahaja. Oh! Sebelum lupa, sila bawa sekali borang yang telah dibekalkan

Hantaran
Bab hantaran Kak Chik , suami Kak Chik yang banyak uruskan. Dibawah adalah senarai barang hantaran masa majlis nikah Kak Chik. Hantaran tu ikut kepada kemampuan masing-masing. Tak kisah murah atau mahal, okay?

Perempuan                         Lelaki
Jam tangan                           Jam tangan
Shoes                                    Shoes
Telekung                              Facial Set
Al-Quran                              Tshirt & Jeans
Perfume                                Perfume
Cincin                                   Jubah
Handbag                               Buah-buahan
Wallet

Tipikal melayu sangat kan barang-barang. haha










Hantaran ini aku upah je orang buatkan. Senang sebab rasa macam tak cukup masa dah.

Baju nikah - RM300
Tema nikah- CREAM
To be honest Kak Chik beli baju Nikah kat Pasaraya tutttt jer. hahaha Dari pada membazir kan. Yang perting nikah tu. Lagi pun pakai untuk nikah sahaja. Kak Chik dan suami pon so-so Okay je.  Haha Veil tu pon Kak Chik beli jugak. Kak Chik simpan, nak tunjuk kat anak nanti. Hihi

Masa ni ikut je ape 'photographer' cakap. Haha Aku tahan gelak je.

Barang makanan untuk majlis & Kanopi ( anggaran-RM2k- RM3k)
Memandangkan bulan puasa, Kak Chik dan famili sokong untuk buat majlis berbuka. Anggaran yang hadir waktu tu dalam 200-250 orang. Yang ni Kak Chik serahkan pada Big Boss (Abah). Abah lah yang uruskan bab-bab jemputan dan sewa kanopi (kerusi meja sekali). Kak Chik sewa 2 kanopi termasuklah dengan pinggan mangkuk , kuali, cawan dsg (Rm400-Rm450). Semua masakan adalah masakan kampung dan ada juga saudara Kak Chik yang volunteer buat dissert. Alhamdulillah, Kak Chik bersyukur sangat sebab orang-orang kampung, sanak saudara datang tolong. Buat secara gotong-royong, disamping mengeratkan silaturrahim. Gizzahhh ! hehe

Masa nikah ni memang tak ada pun makan beradap, pengantin dan tetamu makan atas lantai juga. hihi Kak Chik dan suami tak sempat makan pun masa tu sebab 'busy' sangat layan tetamu. Alhamdullillah semua orang gembira dan berpuasa hati dengan makanan hari tu.

Pelamin - RM400
Pelamin, Kak Chik sewa dengan kakak sorang ni. Kak Chik cakap denga dia Kak Chik nak yang 'simple'. Set pelamin dan bantal nikah sekali dapat (Macam gambar dibawah), dan juga free makeup nikah. Nasihat untuk bakal pengantin, boleh sahaja kalau nak deal dengan orang pelamin tu nak yang macam mana. Jangan takut yea. Ikut cita rasa masing-masing. Survey harga pelamin. Pakej apa yang ada. Kebanyakan ada yang tawar pakej yang murah dan juga mengikut bajet pengantin. Yang penting baca review dari pelanggan yang sebelumnya untuk elakkan perkara-perkara yang remeh temeh dari berlaku hari nikah/bersanding nanti. Alhamdulillah, majlis Kak Chik berjalan dengan lancar.

Sunnah suami bacakan doakan sambil memegang ubun-ubun isteri selepas akad nikah.


Lain-lain:

Homestay. Disebakan keluarga suami datang dari jauh. Kak Chik sewakan homestay dekat dengan rumah dalam 5 minit dari rumah.  Satu malam RM150 dan ada 3 bilik beserta aircond.

Kek Kahwin- Kak Chik tempah 2 biji kek kat area Kuala Kangsar.

Wedding Photographer - Sangat beruntung sebab kawan suami yang ambil gambar. For FREE! TQ2. Nanti dorang kahwin, encik suami sila pasang kuda-kuda ambil gambar kahwin dorang pulak. hihi

Konklusinya, bila buat satu majlis besar kita kena pandai plan. Time ni pun Kak Chik tidaklah berapa perfect sangat buat plan. Kita sama-sama belajar. Kak Chik cakap denga suami siap2 Kak Chik nak buat yang wajib je( sebab masing-masing pun belajar lagi. ) Alhamdulillah, kedua-dua belah pihak setuju. Kalau buat majlis, RM10k tu pun sudah cukup, insyaALLAH. Belanja kahwin kak Chik mungkin kurang dari RM6k termasuk semua sekali. Sebelum lupa, sediakan duit sebanyak RM200 (+-) untuk pendaftar perkahwinan dan juga  2 orang saksi semasa nikah.

Goodluck yea! Kahwinlah sebelum GST. haha



No comments:

Post a Comment