Monday, 26 January 2015

Kisah Hati 2


Apabila hati dan fikiran mula memikirkan masalah dunia, tidak lagi terperunduk sendiri ,hanya memikirkan diri sendiri. Masalah akidah, masalah negara, masalah keluarga hati ini bagaikan ini tidak tenteram dan sedih. Banyak benar yang aku tidak paham. Adakah manusia kini tidak lagi takut dengan azab yang Allah sudah janjikan kepada orang yang berbuat kesalahan tanpa rasa bersalah? 

Aku, juga sendiri masih melaku kesalahan, lalu bertaubat namun diulang lagi. Sampai bilakah? sampai bila aku aku harus menunggu untuk bangkit dari melawan durjana yang ada dalam diri? Musuh paling nyata tetapi susah untuk dikalahkan. 

Bila masanya mahu aku bergerak melawan arus, membaiki semua kebodohan dalam diri ini. Gelisah sungguh rasa hati ini bila mana aku jua tidak memulakan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Bukan menunggu keajaiban. Keajaipan itu tidak ada, selagi mana kita tidak mulakan, pertolongan DIA itu tidak akan hadir jika keringat tidak dihasilkan. Lelah kita dikira! 

Hakikatnya, bukan perkara besar yang perlu kita lihat untuk memulai sesuatu kebaikan. Lihatlah sekecil-kecil perkara, sebesar-besar zarah yang menjadi tunjang kekuatan. Kita bukan orang besar untuk terus membuat sesuatu perkara bersekala besar. Aku sedar kini, sebelum aku mengejar sesuatu yang jauh, aku harus mampir yang paling dekat, yang rapat. Bagaimana mahu dikejar puncak gunung, jika dikakinya sahaja sudah terseranduk. 

Aku jauhkan rasa busuk hati, bina kasih sayang dalam diri. Bukan kerna apa-apa,cuma mahukan keredhaan. Mahu jumpa Tuhan, mahu jumpa kekasihNya dan semua yang kucintai dalam sorga. Doalah yang sebaik-baik doa. Biar mereka mengenal Allah. Ucapkan kalimat rindu, ucapkan rasa syukur, tagihkan petunjuk dari DIA dan mahukan hanya yang baik-baik sahaja. Percayalah, senjata orang mukmin adalah, DOA. Jangan dikira apa Allah mendengar atau tidak, kerana ALLAH Maha Mendengar? Luasnya kuasa jangan dibayang, kerna ia diluar kemampuan batasan akal fikiran. Walaupun Allah tahu apa yang kita ucapkan, namun Allah masih mendengar apa yang kita mahu luahkan.


26 Januari 2015

No comments:

Post a Comment