Sunday, 25 January 2015

Kisah Hati 1



Sebenarnya apa yang kita mahu dalam hidup kita? Kita selalu mengejar sesuatu yang xpasti belum tentu milik kita. Dalam pada masa yang sama, kita abaikan apa yang kita sedang miliki. Keluarga, kerja, isteri, suami,anak, harta dll. Benarkah selama ini kita benar2 bersyukur dengan segala yang kita ada, ataukah perasaan tamak itu menggelapkan rasa syukur kita?




Seorang yang benar2 rasa bersyukur pasti menghargai hatta apa sekalipun dia miliki. Tapi sejauh mana kita menghargai? Benarkah kita benar2 menghargai ataukah segala yang kita lakukan jauh dari justifikasi yang sebenar?

Ku mulai melangkah. Mencari hakiki sebenar. Jauhku melayang dari benak kebenaran kerana masih mengejar apa yang aku TIADA. Itulah kitaran hidup kita. Apa ada dalam hati sebenarnya lubang kosong, perlu diisi sebaik2 ilmu dan emosi. Hidup ini bukan hanya perlukan akal yang waras tapi juga seimbang , seiring dengan perkembangan hidup.

Kadang jua langkahku layu. Tapi, seelok2nya perlu ditamatkan jua. Kerna, yang menjadi keutuhan hati itu disiplin yang sudah lama dan selalu ku berpegang, yakin pada ALLAH. Dimana warasnya fikiran ketika kita perlukan. Dimana kata hikmah kita ungkapkan pada orang lain, ketika kita tersungkur disempadan kemenangan?

Aku... kita.. perlu sama2 bersatu. Sama2 bangkit. Bukan sama2 runduk kebelakang. Jika aku jatuh, kau pegang tanganku. Jika kau jatuh, aku akan menarikmu. Kita..sama2.

Usaha, Doa dan Tawakal.






No comments:

Post a Comment