Saturday, 24 May 2014

Jika kamu ada MASALAH.

Assalamualaikum...

Jika kamu rasa sedih
Ingatlah pada Allah
Ingat Kebesaran Allah
Apa sahaja yang kamu lihat adalah tanda kebesaranNya
Ingat Allah Maha Pengasih
Ingat Allah Maha Mendengar
Ingat Allah Tersangat Penyayang..
Ingat Allah beri ujian sebab Allah sayang pada kita
Supaya kita makin dekat dengan kita
Allah nak angkat darjat kita
Supaya kita nanti tinggal dalam syurga teratas
Jika kita lulus ujianNya.. 
InsyaAllah

Bila kita dalam masalah
Luahlah pada Dia
Dia tahu apa kita nak beritahu padaNya, tapi Dia masih Mendengar
Subhanallah 
Wallahi.. ungkapan ini sangat terkesan dihati.

Jika kamu dalam masalah
Jangan salahkan Allah ataupun orang lain
Buka mata 
Nilailah diri
Dekat atau jauhkan kita pada Allah
Periksa aurat kita, pergaulan kita, SOLAT kita..
Astahgfirullah.

Pandanglah diri kita lebih banyak dosa dari orang sekeliling mu..
Itu lebih baik dari berasakan diri lagi baik dari orang lain.

Demi Allah 
Aku sayang padamu..
Kerana sifat manusia itu saling menyayangi..
Semoga kita dapat sama2 merasai kemanisan iman dan syurga Allah!

Tuesday, 15 April 2014

Orang sekarang yang tiada adab dan makin kurang beradab


Assalamualaikum ..

Yes, seperti tajuk diatas. Semakin lama semakin melampau pulak pengkomen2 di Facebook, Twitter dan lama sosial lain. Saya tersangatla nipis ilmunya dan tiadalah mampu berbahas bab agama ni cuma sekadar penjadi pembaca komen yang setia dan 'alert' dengan situasi dan gosip2 agama di laman sosial. Hanya sekadar membuat segala bentuk perbandingan ,secara personalnya.



Saturday, 12 April 2014

A Woman's Place.

Assalamualaikum . Hello everyone. :) How ya doin?? Good? Alhamdulillah..

It is been awhile I didn't post anything here. Yup. There is some problem to make me able to post on my blog and kind lazy thing plus I have to focus on submitting the final report for my degree. It is already 2 years I live in a foreign country. UK. I miss all Malaysian food, LAKSA especially. So I decide to cook LAKSA everyday when I get back to Malaysia.. hahaha LAKSA GHOST!! 

Well, the topic for today is exploiting of man over woman. Yes! So, today I went to city to buy new headphone after playing badminton  as my old one is broken. I am not that type of shopaholic person. I will only transform into a Shopaholic person when I was really really really stress and think as a therapy for me.


Sunday, 16 February 2014

Aku Si Pelupa


Bumi berputar seiring masa, siang berlalu pergi malam hadir. Begitulah sunnatullah (ketetapan Allah). Allah telah jadikan hidup kita ini sebaik-baik kejadian. Tiada satupun yang terlepas mahupun cacat pada ciptaanNYA.

Namun berbeza dengan manusia. Keterbatasan yang ada menunjukkan kita hanya buih-buih dilautan. Sampai masa akan hilang bersama air di lautan. Mana mungkin kita angkuh sedangkan kita punya kelemahan..

Kita manusia yang menerima amanah Allah disaat tiada sesiapa mahu menerima. Gunung ganang yang gah juga hancur jika menerima amanah Allah, tanggungjawab untuk menjadi khalifah. Subhanallah. Dialah penerima segala puji-pujian.

Kadang kala manusia menjadi alpa dan lupa siapa dia dibumi ini. Siapa penciptaNya (akulah tu). Bila dihurung dengan keseronokan dunia pagi petang siang dan malam. Lupa pada tujuan hidup ini. (jap lg sambung bermuka buku, kekicau, menari Tango dan sbgainya)

Heh..

Manusia..manusia..
Lemahnya aku.. :(


Saturday, 21 December 2013

Allah..kuatkan jiwa.

Hati wanita itu sungguh 'unpredictable'
Kadang ia boleh menangis tanpa ada sebab yang kukuh
Amat mudah tersentuh
Kerana sifatnya sensitif dan lembut

Kadang2 dengar lagu sedih pun boleh menangis
Agaknya ada kisah disebaliknya

Kadang2 ia juga boleh menangis
Tapi dalam waktu yang sama boleh pula senyum.

Anehnya aku bergelar wanita
Airmata itu penguat jiwa.
Bukan tanda kelemahan
Kadang2 ada orang salah tafsir
Biarkan...


Friday, 20 December 2013

What make a pair of socks change me?


Assalamualaikum sisters and brothers. May Allah guide you and me, always. It is just ordinary story of mine .I am not sure this story is helpful or not but I will try. :)

I was born and raised in a beautiful Muslim family. So,it means that I was wearing hijab since I was at the phase which I need to wear hijab. Do you get what I mean, sisters? Good!


Saturday, 14 December 2013

Jajah

Assalamualaikum..

Sahabat Rasulullah dulu
Kalau nak berbuat baik
Berlumba-lumba
Sesama sahabat
Tak malu nak offer diri
Tak gentar lawan musuh Islam

Sahabat dulu
Bangun malam buat tahajjud
Merasa diri berdosa
Sampai bengkak-bengkak kaki, buat solat sunat
Menangis 
Mengenang banyaknya dosa

Kerana Allah dihati
Kerana Iman tinggi

Ingin memartabatkan agama
Sejauh mana pun sanggup redah
Panas padang pasir
Ribut,
Tak kenal erti lelah.

Aku ni, 
Hujan sikit dah tak nak kuar pergi kelas,
Angin kuat sikit dah tak nak pergi library untuk study
Sambung tidur,
Sampai nak habis waktu solat baru terhegeh-hegeh bangun.
Tahajjud jangan haraplah
Tengok Cerita Korea marathon sampai pukul 3 pagi
"Boleh pulak kau ye"
Kalau yang sikit pun kalah
Macam mana nak menang dengan dugaan yang lagi besar.
Besar ni! (Depa tangan)

Bangun! Bangun! Bangun!
Fikir apa yang kau nak bawa jumpa Allah nanti
Sinopsis citer Korea?
Ke Ghost Movies yang dah larut dalam kepala otak tu?

Sigh.
Berubahlah.