Tuesday, 15 April 2014

Orang sekarang yang tiada adab dan makin kurang beradab


Assalamualaikum ..

Yes, seperti tajuk diatas. Semakin lama semakin melampau pulak pengkomen2 di Facebook, Twitter dan lama sosial lain. Saya tersangatla nipis ilmunya dan tiadalah mampu berbahas bab agama ni cuma sekadar penjadi pembaca komen yang setia dan 'alert' dengan situasi dan gosip2 agama di laman sosial. Hanya sekadar membuat segala bentuk perbandingan ,secara personalnya.




Demi Allah, saya sangat sedih bila mana hati dan fikiran suadah tidak mampu menaksir yang mana betul yang mana salah. Zaman sekarang ini adalah dimana zaman orang suka menyebar fitnah dan aib orang. Aib itu adalah dimana kelakuan buruk seseorang yang perlu dijaga.


Saya tiada pandangan yang sahih mahupun indikator yang mana harus saya turuti tetapi ikutlah akhlak para nabi Muhammad serta para sahabat yang bermusywarah pada zaman mereka dahulu. Penuh berakhlak dan beradab! Sungguh terserlah kecerdikan dan ketampanan akhlak mereka. itulah kayu ukur dimana kebijakan anda. Subhanallah.


Lagi satu, orang sekarang gemar sangat menghakim dan membuat andaian sendiri tanpa mengetahui isi perbicaraan luar dan dalam. Berlagak sperti tahu semua perkara. Maaf saya tidak tahu banyak perkara dan tidak mahu membuat andaian. Mungkin juga saya telah membuat kesilapan masa lalu namun masih ada yang menegur. Terima kasih. :)


Yang penting jagalah akhlak anda dan kepada saya sendiri jua. Zaman sekarang ini kadang-kadang nampak betul tapi salah, kadang-kadang nampak salah tapi sebenanrnya betul.
Akhir kalam, jangan lupa titipkan doa agar Allah melindungi kita dari fitnah dajal.
Maaf jika ada yang salah. Semoga Allah ampunkan dosa kita!



No comments:

Post a Comment