Sunday, 21 September 2014

Extra-Ordinary Cloth


Nama aku tudung,
Aku punyai banyak nama,
Tudung bawal, Tudung labuh, Tudung panjang, tudung pendek, tudung syria, dan bermacam nama-nama lain yang femes kat pasaran sekarang,
Aku diperbuat daripada 'Cotton', 'Satin', 'Koshibo', 'Chiffon' dan berbagai-bagai,
Aku suka kalau ada mana-mana wanita gunakan aku untuk menutup aurat mereka,
Aku seronok sebab aku jadi perlindung buat mereka,
Aku merasa syukur sangat-sangat bila mereka gunakan aku untuk keluar rumah,
Walaupun hanya selangkah dua keluar rumah untuk menyidai baju ataupun menyiram pokok bunga 
Aku suka dibelai oleh tuan pemilikku,
Indah sangat perasaan itu,
Lagi indah jika wanita itu melabuhkan tudung itu sehingga menutup apa yang sudah menjadi kewajipannya,
Aku ingin menjadi perlindung kepada wanta daripada lelaki-lelaki diluar sana
Supaya tubuh wanita itu tidak sewenang-wenangnya diratah mentah-mentah oleh pandangan lelaki
Namun, kadang-kadang aku rasa sedih sangat,
Akibat kurangnya beradap ataupun tiada akhlak oleh si pemakai,
Aku selalu sangat dipersalahkan,
Walaupun aku tak bersalah dalam hal itu,
Aku hanya menjalankan kewajipan aku,
Sinis suara mereka
''Harap saja bertudung, tetapi mulut kamu berpuaka''
Ataupun,
''Harap je bertudung labuh, tapi perangai gedik sangat''
Paling aku tidak boleh tahan
''Cabut jelah tudung kamu, kamu tidak sesuai memakainya sedangkan perangai kamu tidak seindah bahasa,tak secantik rupa''
Sedihnya..
Bukankah aku pelindung aurat wanita??
Aku sangat kecewa bilamana aku dipersalahkan,
Allah mewajibkan wanita menutup aurat, bukan wajib 'bertudung' tapi harus jua menjauhi daripada pakaian yang ketat dan sebagainya.
Harapanku,
Gunalah aku sebaiknya,
Jangan biarkan aku reput di dalam 'gerobok', dihujung dan paling bawah, terselit dicelah-celah rimbunan bajuan,
Ambillah aku,
Tutuplah auratmu,
Agar suatu hari nanti,
Aku bisa jadi saksi mu dikemuadian nanti,
Bahawa kau telah melaksanakan suruhan-Nya yang satu ini.

Wanita solehah hiasan syurga.
Doakan saya. 


Saturday, 30 August 2014

Paris- Summer 2013 DAY 1



Assalamualaikum.

Hi everyone.
Seems like this is my first time travelling out from UK since I arrived. I was really excited because I never been there. LOL. It took months for Me and my friends to plan this trip. Since Ryannair, one of the cheapest airlines in Europe opened for the promotion tickets, we quickly bought tickets for Paris. Yeay!


Dosa Mengumpat Apatah Lagi Mengumpat Secara Berjemaah. (sedar ke idak sedaghe?)


Assalamualaikum. How are today ‘coz I want to know?So the topic today is about backbiting.

Backbiting ataupun bagi pemahaman aku adalah satu aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan secara berjemaah, kalau xberjemaah xrasa sangat lazatnya) dan berkata-berkata yang tidak baik ataupun menzahirkan keburukan orang lain dari segi lisan ataupun perkataan magiknya adalah MENGUMPAT ataupun kata Rasulullah memperkatakan sesuatu mengenai saudaramu dibelakangnya yang dia tidak sukai. Dosa mengumpat lebih besar dari dosa zina. Sebabnya kalau berzina terus direct minta ampun pada Allah. Tapi kalau mengumpat kena minta maaf kat saudara yang kita umpat tu dulu. Kalau orang tu sudah meninggal? Allahu..

Situasi yang sering sahaja berlaku bila mana-mana..
Si A:   ‘’Hoi, xbaiklah cakap si Peah tu pergi kursus perlangsingan badan sebab badan dia gemok macam badak sumbu!’’
Si B: ‘’ Mana adalah. Aku just nak cerita saja. Baguslah Si peah tu sedar’’

Tersedak!


Friday, 29 August 2014

Little Things



Assalamualaikum. Hi everyone. How are you today coz I want to know? (Borrowing the crazy Gozelle’s tagline).

Well, it is been awhile I didn’t write any post on my blog. It was abandoned, pretty sad huh? I have a lots of things to post but ended up with draft. So today, I would like start to write small little thing about myself. Don’t read if you think this is a waste. Don’t say I didn't warn you. 


Saturday, 24 May 2014

Jika kamu ada MASALAH.

Assalamualaikum...

Jika kamu rasa sedih
Ingatlah pada Allah
Ingat Kebesaran Allah
Apa sahaja yang kamu lihat adalah tanda kebesaranNya
Ingat Allah Maha Pengasih
Ingat Allah Maha Mendengar
Ingat Allah Tersangat Penyayang..
Ingat Allah beri ujian sebab Allah sayang pada kita
Supaya kita makin dekat dengan kita
Allah nak angkat darjat kita
Supaya kita nanti tinggal dalam syurga teratas
Jika kita lulus ujianNya.. 
InsyaAllah

Bila kita dalam masalah
Luahlah pada Dia
Dia tahu apa kita nak beritahu padaNya, tapi Dia masih Mendengar
Subhanallah 
Wallahi.. ungkapan ini sangat terkesan dihati.

Jika kamu dalam masalah
Jangan salahkan Allah ataupun orang lain
Buka mata 
Nilailah diri
Dekat atau jauhkan kita pada Allah
Periksa aurat kita, pergaulan kita, SOLAT kita..
Astahgfirullah.

Pandanglah diri kita lebih banyak dosa dari orang sekeliling mu..
Itu lebih baik dari berasakan diri lagi baik dari orang lain.

Demi Allah 
Aku sayang padamu..
Kerana sifat manusia itu saling menyayangi..
Semoga kita dapat sama2 merasai kemanisan iman dan syurga Allah!

Tuesday, 15 April 2014

Orang sekarang yang tiada adab dan makin kurang beradab


Assalamualaikum ..

Yes, seperti tajuk diatas. Semakin lama semakin melampau pulak pengkomen2 di Facebook, Twitter dan lama sosial lain. Saya tersangatla nipis ilmunya dan tiadalah mampu berbahas bab agama ni cuma sekadar penjadi pembaca komen yang setia dan 'alert' dengan situasi dan gosip2 agama di laman sosial. Hanya sekadar membuat segala bentuk perbandingan ,secara personalnya.



Saturday, 12 April 2014

A Woman's Place.

Assalamualaikum . Hello everyone. :) How ya doin?? Good? Alhamdulillah..

It is been awhile I didn't post anything here. Yup. There is some problem to make me able to post on my blog and kind lazy thing plus I have to focus on submitting the final report for my degree. It is already 2 years I live in a foreign country. UK. I miss all Malaysian food, LAKSA especially. So I decide to cook LAKSA everyday when I get back to Malaysia.. hahaha LAKSA GHOST!! 

Well, the topic for today is exploiting of man over woman. Yes! So, today I went to city to buy new headphone after playing badminton  as my old one is broken. I am not that type of shopaholic person. I will only transform into a Shopaholic person when I was really really really stress and think as a therapy for me.


Sunday, 16 February 2014

Aku Si Pelupa


Bumi berputar seiring masa, siang berlalu pergi malam hadir. Begitulah sunnatullah (ketetapan Allah). Allah telah jadikan hidup kita ini sebaik-baik kejadian. Tiada satupun yang terlepas mahupun cacat pada ciptaanNYA.

Namun berbeza dengan manusia. Keterbatasan yang ada menunjukkan kita hanya buih-buih dilautan. Sampai masa akan hilang bersama air di lautan. Mana mungkin kita angkuh sedangkan kita punya kelemahan..

Kita manusia yang menerima amanah Allah disaat tiada sesiapa mahu menerima. Gunung ganang yang gah juga hancur jika menerima amanah Allah, tanggungjawab untuk menjadi khalifah. Subhanallah. Dialah penerima segala puji-pujian.

Kadang kala manusia menjadi alpa dan lupa siapa dia dibumi ini. Siapa penciptaNya (akulah tu). Bila dihurung dengan keseronokan dunia pagi petang siang dan malam. Lupa pada tujuan hidup ini. (jap lg sambung bermuka buku, kekicau, menari Tango dan sbgainya)

Heh..

Manusia..manusia..
Lemahnya aku.. :(