Saturday, 14 December 2013

Jajah

Assalamualaikum..

Sahabat Rasulullah dulu
Kalau nak berbuat baik
Berlumba-lumba
Sesama sahabat
Tak malu nak offer diri
Tak gentar lawan musuh Islam

Sahabat dulu
Bangun malam buat tahajjud
Merasa diri berdosa
Sampai bengkak-bengkak kaki, buat solat sunat
Menangis 
Mengenang banyaknya dosa

Kerana Allah dihati
Kerana Iman tinggi

Ingin memartabatkan agama
Sejauh mana pun sanggup redah
Panas padang pasir
Ribut,
Tak kenal erti lelah.

Aku ni, 
Hujan sikit dah tak nak kuar pergi kelas,
Angin kuat sikit dah tak nak pergi library untuk study
Sambung tidur,
Sampai nak habis waktu solat baru terhegeh-hegeh bangun.
Tahajjud jangan haraplah
Tengok Cerita Korea marathon sampai pukul 3 pagi
"Boleh pulak kau ye"
Kalau yang sikit pun kalah
Macam mana nak menang dengan dugaan yang lagi besar.
Besar ni! (Depa tangan)

Bangun! Bangun! Bangun!
Fikir apa yang kau nak bawa jumpa Allah nanti
Sinopsis citer Korea?
Ke Ghost Movies yang dah larut dalam kepala otak tu?

Sigh.
Berubahlah.


2 comments:

  1. allahuakbar....kena banyak muhasabah diri :-(

    ReplyDelete
  2. Joy..same2 musahabah yea..insyaAllah moga Allah pelihara kita.. :)

    ReplyDelete