Assalamuaalaikum.
Dalam kita mengejar kejayan, dalam kita tersenyum bahagia,dalam kita merasakan kita ada segala2nya pernah kita rasa segala apa yang kita ada kita ucapkan syukur pada Pencipta kita? Ya Pencipta aku, engkau dan segala makhluk di bumi.
Dalam kita berkata-kata, terutamanya perkataan sia-sia, satu contoh paling senang iaitu komen-komen negatif, kata dusta, fitnah di MUKABUKU akan di nilai oleh Malaikat kepercayan Allah dikiri kanan kita, Malaikat digelar Mungkar Nakir pernahkah kau ambil kira? Sejujurnya, hatiku sebak ketika mengarang post ini. Mengenangkan dosa-dosa lalu perkara sia2 dan paling berat urusan Dakwah Fillah yang aku xmampu nak laksanakan sedangkan ia Sunnah Rasulullah paling besar.
ALLAH...
Dalam kita merasa tenang, kadang-kadang ia sedang berperang dengan "Si Mazmumah" yang ada dalam hati. Berzikirlah agar hati kau tenang. Hanya itu penguat jiwa.
Dalam kita merasa ingin berputus asa, Allah datangkan kita dengan pertolongan.Pernahkah kau merasa berpuas hati setelah berapa lama engkau memerah keringat untuk mencapai sesuatu dan akhirnya Allah balas semua itu dengan engkau tidak terjangka lalu engkau bersyukur. Andai tidak, apa yang kamu rasakan?
SALAHKAN TAKDIR @ REDHA ?
Dua perkara yang sam asekali berlainan. Dengan redha hatimu akan tenang. Engkau akan merasa redha jika niatmu kerana ALLAH dipermualaan semua urusan. InsyaALLAH.
Jika kamu salahkan takdir, ia umpama mengumpan SYAITAN mendiami hatimu. Jangan. Allah tidak pernah merasa benci dengan hambaNya sendiri kerana Allah itu sifatnya Pengasih. Kasih Sayangnya meliputi seluruh alam. Di setiap persimpangan kegagalan itu sebenarnya akar kepada kekuatan dalaman kerana apa yang engkau akan hadapi hari esok lebih besar dugaannya.
Dan ingatlah setiap dugaan yang kau hadapi itu Allah telah tetapkan sesuatu yang terbaik buatmu. Ia terpulang padamu untuk memilih jalan mana mau mu. Kerana apa yang aku tahu rasa, setiap orang mempunyai pengakhiran yang baik jika kita tahu menilai apa yang terbaik.
LA TAHZAN.
Walau kau rasa kau punya ramai teman, ada keluarga, ada sesiapa dalam hidupmu, diwaktu kau keseorangan dan kesepian hatimu akan merasakan kehadiran Allah, lebih dekat dengan Allah. Benar bukan? Realiti memang begitu. Kita selalu lupa bahawa kita bertuhan. Selalu ingat bila kesusahan. Tapi kita tidak mahu merasa kebergantungan begitu. Kita perlu sentiasa bergantung. Ya, bergantung pada yang Tidak Mati, Yang Penguasa itu hebat rasanya!
Hati yang lemah, hina dan tidak terdaya selalu memerlukan kebergantungan. Itulah sebenarnya hakikat manusia. Manusia seperti kau, aku, dia dan dia.
Hasbunallah wanikmal wakel.
No comments:
Post a Comment