Monday, 20 May 2013
Words of A Sinner
Aku..
Terkenal oleh penduduk langit
Sebagai seorang pendosa,
Bukan seorang yang baik-baik.
Hal itu memalukan diriku,
Bahkan mahu mengangkat doa,
Kepada Sang Pencipta,
Memohon berlebihan dalam urusan dunia,
Aku jadi malu.
Aku cuba,
Terus mencuba,
Dan terus mencuba lagi,
Untuk mencari redhaNya,
Tapi sampai satu persimpangan,
Aku kecundang lagi.
Betapa Allah sentiasa menyayangi aku,
Masih lagi dipinjamkan nikmat dunia,
Kerana itu aku masih disini,
Cuba merencana sesuatu yang lebih baik,
Untuk diri sendiri,
Kerana aku masih lagi hina dipandanganNya.
~Manusia hina~
Labels:
Usrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment