Assalamualaikum wbt.. Maaf sudah lama tidak menulis di ruangan ini.. masyaALLah acap kali aku tersentap tertampar mungkin diteranjang..entah apa lagi kata-kata yang nak aku gunakan.. apabila selesai usrah. Yea..usrah ni membantu aku sedar akan tanggungjawab aku setiap minggu. Tiap minggu itu juga aku akan ditampar (dalam minda).
Hari ni, macam biasa usrah dijalankan. Tak banyak nak dikongsikan hari ini sebabnya aku pun tertidur & lambat 'join' usrah. Konklusinya, aku ingin catitkan sedikit pengetahuan tentang perkara yang baru . Mengenai 4 golongan manusia mengikut Iman dan Islam.
Iman adalah keyakinan dalam hati dengan kekuasaan Allah.
Islam adalah patuh dan taat dengan perintah Allah.
1) Manusia yang beriman dan Islam.
Golongan ni InsyaALlah sudah benar-benar yakin dengan Allah. Iman mereka sempurna dan kukuh. Orang-orang beriman menganggap dunia ini umpama neraka dan hari akhirat itu Syurga. Di Hari Pembalasan kelak, ada diterangkan dalam Al-quran(xpasti) akan ada wajah-wajah yang ceria dan bercahaya. Sebabnya mereka merasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Allah SWT. Mereka rindu dengan Pencipta mereka.
2) Manusia yang beriman tapi belum sempurna. Bermakna imannya belum lagi sempurna. Ketaatan pada Allah juga belum sempurna. Bermaksud kurang yakinnya pada Allah.Mungkinkah kita??
3) Golongan kafir yang belum beriman kepada Allah tapi sudah ada ciri-ciri Islam. (Mohon Allah beri petunjuk). Refleksi kepada kata-kata seorang ulamak, aku berada di sebuah negara bukan Islam tapi aku melihat mereka mengamalkan ciri-ciri Islam. Tapi sebaliknya, aku berada di dalam sebuah negara Islam tapi xnampak ciri-ciri Islam itu diamalkan. Terpukul lagi!
4) Tidak Islam dan tidak beriman. Golongan ini mungkin tidak pernah mendengar tentang Islam, tidak tahu ada agama Islam. (jangan terkejut ada je jumpa) Sama-sama kita memohon kepada Allah agar mereka diberi petunjuk.
Ye. aku terpukul dengan usrah kali ni. Walaupun muka still cool macam xbersalah tapi sebenarnya hujan lebat seketika. Ya Allah.. Sukarnya mencapai tahap keimanan seperti para sahabat, alim ulamak, dsbg: Aku ni rupanya masih lagi kurang yakin dengan Allah.Rasa macam da hebat,tap sebenarnya habuk pun xde.Mungkinkah anda merasa perkara juga sama? Patotla banyak benda xbetul aku buat. Kurang yakin sebenarnya. InsyaAllah, aku ku tanamkan keyakinan diri ini. (percaya pada Allah, dengan harapan dan keyakinannnn)
Syurga Allah itu mahal. Kita xboleh nak berpuas hati dengan kebaikan dengan kita ada yang kita rasa sudah cukup. Mungkin juga kebaikan yang kita pernah buat tidak dipandang oleh Allah sebab niat masih tidak betul. Itulah peranan doa kepada seorang muslim. Kita perlu sentiasa memohon petunjuk Allah untuk memandu kita dijalan yang benar lagi lurus.
Adakah anda masih ingat cerita Rasululullah SAW dengan seorang sahabat,dimana Rasulullah tidak berhenti beribadah sehingga kaki baginda bengkak? Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah. "Wahai Rasululullah,mengapa engkau bersusah payah untuk melakukan ibadah kepada Allah sedangkan engkau sudah tentu dijamin Syurga?".
Kata Rasulullah, " Aku tidak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah". Subhanallah.. Patutla Rasulullah digelar Alquran yang berjalan. Sesungguhnya akhlak nabi sama dengan apa yang ada di dalam Al-Quran. Tersentap dengan jawapan Rasulullah. Mengaku cinta pada Allah dan rasul tapi tetap tidak buat apa yang diajarkan. Lemahnya iman aku weyh!
Iman..perlu disertakan dengan ilmu pengetahuan yang akan memandu ke jalan yang benar. InsyaAllah. Tapi, sebagai seorang manusia janganlah menimba ilmu tanpa guru. Berguru dengan buku atau medium2 lain mungkin akan menyebabkan kekeliruan. Mohon bertanya jika timbul rasa keliru. Kata orang, berguru dengan buku umpama berguru dengan syaitan. Nauzubillah.
Bagi yang merasa tiada kesempatan untuk bertaubat, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun yakni Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berapa banyak pun dosa yang kita buat Allah akan sentiasa mengampunkan dosa kita dan sesungguhnya urusan taubat itu perlulah disertakan dengan keyakinan yang tinggi bahawa Allah menerima taubat kita. Umpama kita ini ada sebiji benih. Kalau esok pun hari kiamat datang, tanamlah benih itu. Seperti juga taubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. InsyaAllah akan diterima Allah.
Kalau kita berniat untuk berubah, insyaAllah Allah akan hantar orang-orang yang baik dalam hidup. Bukan bermakna kita ni tidak boleh berkawan dengan orang-orang yang jahat,cuma janganlah terikut dengan perbuatan jahat yang mereka kerjakan.
Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa daripada melakukan perkara-perkara baik. Teruskan istiqamah. Jadikan Al-quran dan sunnah itu pegangan. Pesanan buat diri juga. Kata seorang pendakwah, Alquran dan Sunnah sama penting dalm kehidupan kita. Oleh itu, samalah kita mendoakan keberkatan hidup kita di dunia dan akhirat.
"Fabe ayyi alaai rabbikuma tukazziban"
Maksudnya: Nikmat Tuhan kamu yang manakah lagikah yang kamu dustakan.
Sesungguhnya jantung, hati, udara yang kita sedut ini, agama Islam, langit adalah nikmat yang ALLAH berikan pada kita. Kekuasaan Allah itu ada dimana-mana, diruangan mata kita. Kita ini yang sebenarnya masih dalam lena dunia. Renung-renungkanlah. Jazakallahu khairan khathira.
I LIKE!
ReplyDelete