Sunday, 16 December 2012

~Surah An-Nasr (Pertolongan)~


Alhamdulillah masih lagi bernyawa untuk menimba ilmu Allah from Usrah this morning!

Tentang Surah An-Nasr (Pertolongan)7

Maksudnya:

1.       Telah sampai pertolongan Allah dan kemenangan.
2.       Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
3.       Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan pohonlah ampun kepadaNya.SesungguhnyaDia adalah Maha Penerima Taubat.

Surah ini diturunkan di Madaniyyah ada 3 ayat. Sewaktu surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, belum  lagi tercetusnya Pembukaan Kota Mekah.
Sesungguhnya janji Allah itu memang pasti! Islam mencapai kemenangan. Setelah Pembukaan Kota Mekah ramai yang memeluk Islam.

Oleh itu, umat Islam waktu itu diseru supaya memuji Allah dan bertaubat kepadaNya kerana sesungguhnya kejayaan dan kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa pertolongan Allah SWT. Beristighfar dan bertaubat mampu mengelak diri dari wujudnya sikap riak sehingga terlupa siapa Pencipta kita yang memberi kita nikmat hidup ini.
Teringat kata-kata Kak Iqa tadi bila aku luahkan masalah belajar kat sini. Katanya setelah diedit2 oleh aku sikit2 J

“You are here not because you are smart than others, not because of  I am pretty nor we are excellent than others. Allah boleh pilih orang lain untuk datang sini. But, You were here because of Allah has choosed you! Jika Allah tetapkan kita datang sini, walau macamane susah pun kite tetap jugak akan berada di sini.”

Disebalik surah di atas, banyak perkara kita perlu sedar dan tahu. Walaupun Allah dah janjikan kemenangan buat umat Islam di hari pengakhiran kelak, kita xboleh nk duduk goyang kaki saja. Kita perlu lakukan sesuatu bagi menyumbang kepada kepada kemenangan Islam.

Benar kata seorang kawan di ruangan usrah tadi, bahawa mentaliti para sahabat nabi pada waktu tu tersangat lah lain dari kita. Mereka tahu Islam akan menemui kemenangan suatu hari nanti tetapi mereka tidak pernah duduk diam untuk melakukan sesuatu untuk ISLAM. Betapa jauh aku dari mereka..Memang tidak terbandingan. Subhanallah.. Sebak hati ini bila mengenangkan kembali betapa rasa cinta para sahabat pada Allah dan Rasul itu tersangatlah kuat!

 “When we achieved something good in life, don’t forget to praise Allah and recite Istighfar to Allah to avoid RIYAK because everything come from ALLAH SWT (our Creator).”

KITA xmampu capai semua kekayaan,keseronokan, makan minum atau pun nikmat kuar peluh time sukan pun kalau tiada izin Allah.. Korang paham x ape yang Wanie x terangkan ni? Maksudnya segala hidup kita ini da diatur olehNya.. Segala perancangan Allah adalah tetap dan tepat  tiada satu pun yang xbaik. Semuanya mengikut perancangan! Allah adalah tempat kebergantungan kita.

Oleh itu, bersangka baiklah atas apa yang berlaku dalam hidup kita…
Wallahualam..

p/s: Wanie xdela baik manapun. Xdela pandai sangat tapi mohon betulkan atau tambah jika ada kekurangaan. *MasyaAllah. Lahaulawala quwwata illah bilah hil’aliyyul’azim…



Saturday, 15 December 2012

~Lillahi Taala~




Ya Allah
Jiwa ini sudah lama menzalimi nikmat-MU
Hingga ku rasa tidak mampu lagi berpatah kembali
Untuk mencari redha-MU..
Nikmat-Mu yang dulu, aku sering persiakan.. tidak pula Engkau tarik dari ku
Kerana Kasih sayang-Mu melebihi apa yang ada di dunia..
Kadang-kadang mata ini tidak langsung mahu melihat segala kebaikan-MU
Buta hati lebih teruk dari buta mata…
Walhal apa yang dirancang oleh-MU itulah yang terbaik untukku.. Butanya hatiku..
Ya Allah..jika Huda ini datang kepada ku
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Sekatlah ia sehingga berjumpa denganku..
Engkau lindungilah daripada apa yang menzalimi diriku..
Jika aku sedang, Engkau tiupkanlah aku semangat para pejuang –MU ..
Jangan dibiar diri ini merasa berseorangan..
Jadikanlah hati ini kuat dalam mengharungi cubaan-MU
Yakinkan hati ini dalam mencari kemanisan hidup ini..
Jalan menuju-MU ya Rabb..
Jika AJAL mendahului, daku pohon agar diambil nyawaku diwaktu IMAN ku masih ada..

*niat kerana Allah,Insya-Allah, Allah tunjukkan jalan*
terima kasih Allah kerana Engkau telah temukan aku dengan seorang hamba-MU lalu mengetuk pintu hati ini daripada berputus dari rahmat-MU..
=')



Sunday, 9 December 2012

~Duit yang Aku Guna untuk Shopping~



Assalamualaikum..haii..korang rindu kat kite x?? APA?? TAK??! HUHU Tapi,Kite rindu awak2 semua..hehehe  Sorry la..da lame xhupdate blog ni...Bz sikit.. Bz belajar, buat homework, bz shopping.. UOPSSIE! hehe kantoiii.. 

Biasela..nak exam da ni kan..agak bz arr sikit..Tapi, aku xkan lupekan belog aku yang xbape femes ni... Adeee?hehe  Aku sekarang ni dalam dilema + stres +++ haha..xtahula.. pening lalat gak belajor kat oversea ni.. haha Tapi,usaha tangga kejayaan kan??! Insya Allah..ade rezeki..nak sambung lagi ..hew hew.. ^_^


Owh ya.. I wanna share something with uolss... Tadaaa... Hari ni nak cerita sal duit yang ade  kat Scotland.. Ok..kalau korang nak tahu, kat sini setiap cetakan yang ada kat duit kertas adalah mengikut bank yang dikeluarkan. Contahnya macam gambar kat bawah ni.
Cuma untuk duit syiling jelah sama...



10 pounds. Bahagian depan.
Bank of Clydesdale
Bahagian belakang. Dah macam peta da. Korang tanyala Mr.Google ye kalau nak tahu peta ape..Aku rase peta harta karun..hehehe


5 Pounds 

Bank of England

Ni adalah orang panggil Shield Coin. Sebabnye kombinasi keenam-enam duit syiling ni membentuk sebah shield. Korang perasan x,kalau tengok cerita perang lama2 omputih ade pegang shield bentuk macam ni.. N bukan senang nak kumpul bende ni..paling susah nak cari adelah syiling 50p..yang bentk hexagon tu..yang lain senang je nak dapat. =P

Pelbagai lambang yang terdapat pada 1 pound.

Clockwise: 5p, 20p, 10p & 2 pounds.


Duit kertas 50 Pounds! Bahagian depan!


Duit kertas 50 pound bahagian belakang.

Harap korang dapat input yang berguna lepas baca yea.. Sebenarnya ade banyak lagi..Duit ni je yang ade dalam simpanan aku... Banyak x?? haha.. Da abes da pun.. So xboleh nak berlagak sangat.. hahaha =P

TQ.. Wassalam..



Tuesday, 4 December 2012

~Islam itu Indah~



Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)
Assalamualaikum..
(sila baca dengan loghat negeri masing2) 

Ya...manusia mana tidak suka pada kecantikan? Sesungguhnya Islam itu memang tercipta untuk mencantikkan diri kita. Membaiki keburukan ataupun kelemahan yang ada pada kita.  Teringat kata rakan seperjungan aku petang tadi. Kita xboleh nak kata kita ni baik,menilai orang lain tu jahat. Sebagai contoh: (siap bg contoh lagi) Seorang wanita pelacur dimasukkan ke dalam syurga hanya kerna memberi makan kepada anjing. Subhanallah.. Kan cantik tu...

Allah pemegang segala hati manusia.. Allah yang akan membuat keputusan samada kita akan di tempatkan di syurga mahupun neraka. Aku bukan bermaksud kita ni xyah buat solat,puasa, bayar zakat dll.. tapi apa yang wajib, kita cuba laksanakan. Yang susah itu sebenarnya kebaikan.. Yang baik itu bukannya sesuatu kesusahan.. eh2..boleh pulak ye main tukar2?hehe

Kadang bila kita diatas,jangan lupa pula yang dibawah. Erm.. maksudnya jangan sombong bila da kaya,ada banyak harta..sebabnya semua tu bukan kita punya..bukan Ahmad Albab yang punya tapi Allah yang punya.. =) Kadang2 heran jugak aku dengan orang kaya sombong diri ni..ish3.. Ada ja yang kaya kuat menderma..tapi xde pulak yang sombongnye..kan2? Thumb up!

Kadang2 hati kita ni jugak,xlari dari membuat kesimpulan negatif pada orang.. Melihat luaran tanpa berusaha menilai apa yang tersingkap di dalam.Suka pandang orang slek(bahasa orang muda) Nauzubillah! haih..hati2..lemahnya dikau.. =(

Sabda nabi :

"Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman..” 
(HR. Muslim)

Aku ni agak termasuk dalam golongan mana ye?? Erm..kene buat senarai semak ni..bukan untuk PRU nanti, untuk bermuhasabah diri... =)

Kini baru aku sedar, kita belajar ilmu fardhu ain & fardhu kifayah ni bukan untuk diri sendiri ja. Tapi untuk memberi pengetahuan untuk orang lain jugak termasuk non-muslim . Belajar kat oversea memang mencabar. English kena power beb.. Bukan tahu cakap  berapi ja last2 tinggal abu.hehe (Terasa aku-kata ustaz popular kalau terasa tu still ada iman..Alhamdulillah. Peacee!! )

Contohnya aku ada kawan non-muslim. Dorang macam berminat nak tahu tentang Islam. Aku admit la,aku xdela pandai sangat cakap BI macam korang pk tu.hihi Tapi seboleh2nya aku cuba explainkan sikit mengenai Islam.. Antara soklan tipikal yang selalu dorang tanya adalah kenapa awak pakai tudung? apakah non-hahal food? adakah awak boleh pergi ke club? adakah awak boleh minum(alchoholic drink)? WOah..sebelum ni kat Malaysia aku selalu bercerita dengan anak2 buah aku je..Xkisahla dorang paham ke x..tapi xexpect pulak kat sini jadi macam ni..huhu

Agak mencabar jugakla nak jawab soklan yang sebenarnya senag tapi disebabkan "lack of vocabularies" benda senang jadi serius.. Tapi sesuatu menyeronokkan bila ada non-muslim yang bertanya pada kita macam tu. Dari situ jugak kita boleh belajar same2. Meningkatkan pengetahuan yang suam2 air di kettle eletrik..hehe


Wallahualam.TQ
^_^



Monday, 3 December 2012

~First Time of Having Snow in My Life~



Assalamualaikum.. 

Sejuk! Sejuk! Sejuk! Oh no..kulit menggelupas! Hidung ade daree! Ni semua simptom pabila kesejukanlah ni..aishhh.. whatever.. hehe 

Well..korang tahu x ape yang jadi semalam? Jeng3..haha Untuk pertama kalinya aku main dengan snow. haha Selalu tengok orang main snow dalam tv aje kan..sekarang mainla puas2! hahaha

Mula2 tengok je orang main snow kat luar melalui tingkap aku ni.. Haihh..I want to play snow to0...=( Ops! Baru teringat,lupe nak bagitaw Hazim, yang da snow. Tet! Tet Tet! korang tahu x aku buat ape? Call Cik Hazim la..haha Happy gila..Aku rasa macam nak menjerit kat Hazim semalam..haha Dia pun macam lagi excited je dari aku..bahaha

From my window! Salji mula turun! wink wink..

So, from the window i took pictures and send it to my family and a few frenzs..hahaha Excited sangatla katakan..hehehe Hati ni still lagi rasa nak pegi main sebab best tengok dorang main perang dengan snow. haha
 
So, I decide pegi main jugak! Hati mana tahannn! haha  So, I join a few flatmates main snow. Dah tu xkenal pulak..Dorang lelaki kan..Aku pun segan la jugak dengan laki mat saleh..Seb baik dorang ni adik2 aku jer..ley la aku buat cool n cover sebaik mungkin! hahaha Lagi2?? Kitorang buat Snow Mount.. Ni idea mamat sorang nila. Ape ke name dia..John kot. He is so lovely sbb demostrate kat aku aku cemane buat Snow Angel!! Yang paling aku terkejut dia pandai cakap Melayu!! haha xdela..tipu je.. =P wekk!

Snow Mount!

Muke Serabut!

Snow Angel!

Then,dalam kul 11.30 malam aku ingat nak naik bilik da..Sejuk awok ni..Tapi,terjumpe pulak dengan Julia.. Dia ini teman aku sewaktu di kelas bahasa Inggeris.. Kok kenapa sih aku bicara bahasa Indon??haha 

Me: Hye Julia..
Julia: Hye!!(muka terkejut/excited). This is your first experience snow right??

I juz angguk n say yess! And then, she gave a big hug! haha  Aku pun ape lagi,minxla no fon n FB dia..Normalla kan Gurl perangai xsemenggah mcm aku nehh!hehe And then, balik je bilik terus add FB dia.. Thru the post that i posted to her wall,she said to me;

"For me it was nice to meet someone who did never see snow before. That´s great!" =)

Terharu jugakla dia cakap macam tu aku..very adorable. xoxoxo hehe The 15 minutes lepas tu baru aku masuk lepas merewang sakan kat sekitar hall tengok2 ni meluncur salji..hehe macam budak2 ni! hehehe Tapi seronokla sangat!

Okeh..balik je bilik aku terus rasa pening2..muka da jadi merah..haha DOnt say aku demam lagi!!! hahaha Seb baik esok xde kelas..hahaha So,seperti biase..kemungkinan jugak aku da ade penyakit FAD, aku sambung ngadap laptop..haha.korang tahu x FAD tu hape?? Facebook Addicted Disease! bahaya gakla..sebab boleh fail kan aku kalau aku xbuat keje rumah yang cikgu bagi.. DISASTER!!! aku rasa dalam setengah jam macam tu baru rase ngantuk.. Lemahnye la nk tunggu laptop ni shutdown..lembab macam siput ****.. hahaha

Ops! tiba2 terpandang kat pintu.. Ade something berwarna putih..Ahah!
..I though pamplet yang mat saleh selalu bagi ajak pegi party.. Menyemak jek aku rase! But then guess what! It was a chrismast card dari orang sebelah.. Mei Xie bagi..so adorable! Baiknye dia! I was so happy last nite. Sebabnye time tu aku rasa down gila sebab aku rase sorang2 je kat bumi Glasgow ni..haha Terima kasih Tuhan.. =')

Thanks Mei Xie! =)

Malam tu aku tido dengan nyenyak.. Sambil tu aku bemuhasabah kan
 diriku sendiri..Pikirkan kalau hari esok xde lagi untuk aku.. Tapi Alhamdulillah..ade lagi aku yang tengah mengupdate blog Me & My Stowieee ni... =)

p/s: blog ni je tempat aku luahkan ape yang ade dalam hati aku ni.. kalau suka baca..kalau xsuke pun harap baca! =P



Saturday, 1 December 2012

~I Wanna Be a Bride One Day!~


Insya-Allah...
Assalamualaikum wbt..

Pabila meningkat remaja ni,perasaan nak hidup berdua pulak timbul. Bukan apa,kadang2 rasa sunyi..acewah! Biasala..naluri seorang wanita. Rasanya semua anta2 dan anti2 pun ada perasaan macam tu jugakkan?? Jangan nak bohong..hihi Ya, memang ada perasaan itu sebenarnya. Sekarang pun masih tersenyum sowang2 kalau memikirkan bab kahwin ni. Bukan aku ni gatal ke apa..tapi seronok bila tengok ramai yang da kahwin dan bakal berkahwin. Aku tengok sekarang ramai yang da mendirikan rumah dan tangga diusia muda. Bukan senang buat keputusan kahwin di usia muda mudi ni. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan jugak banyak faedahnya spt elak maksiat.Aku tabikla orang yang kahwin muda ni.Caya la luuu!!!(hmm..cemane nak kahwin ni kalau perangai macam ROCKERZZ) hehe..

Kalau kita teliti sunnah Rasulullah pun, umur yang sesuai bagi seorang lelaki dan berkahwin adalah 25 tahun dan 20 untuk perempuan. Heii..mak aku dulu kahwin umur 19 je taw..baya aku ni da dapat 2 orang nak dah! hahaha Tapi xpe,aku still lagi menunggu jodoh tiba dengan SOBAR. Kalau boleh nak lelaki yang lebih tua dari aku. Biasala..aku suka yang matang2 ni. Lagi satu,kalau sekadar sayang untuk biasa2 ja pun,tanpa pikir apa hati aku rasa,nak buat apa kan?? Kalau sekadar nak mainkan perasaan orang, please don't do that.No3! So,kene cari lelaki yang sayang melebihi kita sayang kat depa hampa taw dak! Opss..terkeluaq bahasa utara..

And aku still xpercaya,boleh aku "publickan" cerita kahwin ni kat korang2 semua??haha.. Aku ni pemalu kot bila cakap bab kahwin..hehe Shy shy cat! meoww! hehe Tapi,kahwin bukan bab yang main2. Harap2 la dapat lelaki yang bertanggungjawab..insyaAllah.. Pray for me...

Itulah kadang2 aku rasa macam nak ajak je mane2 lelaki yang aku berkenan dihati, kahwin.. Gila ke?? Xgila pun aih.. Saidatina Khadijah lamar Nabi Muhammmad dulu, OK je.. Bagi akula,kalau benda baikkan Allah akan permudahkan jalan. Susahla macamana pun nanti Allah akan tolong. Cuma kita la kena perlu meminta selalu iaitu berdoa kepada Allah SWT. =) 

Haha..makin laju pulak aku menaip ni. Relaks wanie..Chill! Cover la sikit ke'excited'an tu..hihi Let's discuss about the CHARACTERISTICS for my future husband! hehe

=) Umur tua dari aku. I mean yang matangla..
=) Ada tahu sikit2 bab agama..xpe ilmu boleh dimantapkan lagi. ^^
=) Terima aku seadanya.
=) Sentiasa ada dengan aku. Dengar masalah aku. Xsuka lelaki selalu bagi alasan!
=) Hargai aku.
=) Pandai ambik hati.
=) WARAS & bijak membuat keputusan.
=) A good person in making conversion. bukan banyak mulut yea..
=) Xnak yang terlalu romantik. Lelaki yang mulut manis ni susah nak percaya sikit.
=) Non-SMOKER! No deal for this one. Unless he stop to smoke!
=) Aku paling suka lelaki yang suke bagi nasihat & sentiasa megingatkan aku. Xkisahla  
    dalam bab agama ke,kesihatan ke..u know..anything that beneficial to me!
=) Yang hormat orang tua.
=) Get going person! I hope! I hope I hope!
=) Yang sejuk mata memandang.. (^_^)V

I think da banyak sangat da tuh..hehe I admit, I am not a perfect person. And I will never be a perfect woman. But, I will olwez give my besteses! hehe. And, I wont refuse, if the "DAY" is juz arrived in near future.. Manala tahu esok ke??kan? wah cepatnye.. hihi Everything POSSIBLE.

Sekian,terima kaseyyy!

p/s: hupdate blog with smileyyy





Tuesday, 27 November 2012

~Nasi Lemak Nye Hal~



Assalamualaikum.. korang dok buat apa tu?? Makan ke? Nonton tv ke? Ape? Mimpi Cinderella? Oh..bukan eh? Huhu btw,tu drama kesukaan aku.. Bende apela aku nak hupdate kat korang ni? Hurm..okla..let’s citer sal tour 2 hari lepas. Last yesterday yesterday aku xdela pegi trip jauh2 sangat.. Pegi dekat2 je. Area Glasgow jugak.

2 hari lepas, plan dengan kawan2 nak pergi makan nasi lemak kat WAU CAFÉ. Dorang cakap sedap tapi a bit expensivela..katanya.. Tapi why not kan..pegi ajelah. Disamping nak mengrelease ketensionan ku ini,lalu aku membontoti mereka(18 SG). Kebetulan kawan dari Preston datang. Dia kawan dgn Adilla n Michele so secara otemetiknye kawan aku la jugak kan?? Hihi

Lepas Asar kitorang bertolak. Ermmm..dalam hati,nak pakai baju apelah ni?? Sebenarnya aku ni ade masalah nk pilih baju bila nak kuar. Erm..baju yang mane rase cantik dimata aku yang kecik comey ni,baju yang itu la aku belasah pakai! And esok harinya pun aku akan pakai baju yang same! Hahaha kat sini aje keh..sebab xberpeluh langsung,so xdela bau yang ‘kureng menyenengkan’..haha

So,lepas siap semua aku jalan kaki sorang2 pegi SUBWAY. Seperti ahad2 yang lepas…jalan kat uni ni otometik jadi lengang..Aku rase macam dok kat bandar ZOMBIE lak..huhu  Sebenarnya aku xtahu pun SUBWAY 2 kat mane..haha Sengal!. Condifent je jalan.hahaha So, terpaksa aku kol Adila..tanya dia kat mane SUBWAY.. Aleh2..dia pun pening layan pertanyaan aku.haha. Me, Adila, Michele & Dura supposed to meet at SUBWAY. I don’t want to be the last person sampai..memandangkan aku memang sorang yang agak menjaga masa.. =) (Jangan nak poyo~versi Johan)

Da sampai SUBWAY, kitorang cepat2 beli tiket. Yang paling aku suke kat sini adelah semua self service. In other words, xyah nak beratur tunggu giliran mak alah sume sebab ade mesin jual tiket otometik.  Cepat,Pantas & mesra (eh,ni bukan ke slogan polis Malaysia ke?) Pinjam ja yea.. =)

Ok..train da sampai..Korang tahu x train ni dari jauh da dengar bunyi dia..Very scary. Aku biaselakan,kalau takot ke ape ke,muka tetap cool.. Hilang rasa nak terkucil tadi hahaha. Dah naik tren kite orang cup tempat duduk berhadapan dengan satu family mat saleh.Dorang ade sorang beby gurls,maybe about three years. And paling buat aku tersentuh hati ialah budak tu ade masalah pendengaran.. Becoz I see she wears a device kat telingan dia. I knew becoz i've seen that before.Rase sebak pulak. She's so adorable. Xpela..da takdir dia.. Then,tren pun start gerak. Mula2 slow,pastu..Mak aih…laju siot.. Mengikut pengiraan aku,kemungkinannya tren ni bergerak 120km/hr..tapi..korang percaya ke dengan pembohongan aku ni?? Pengiraan aku selalu salah beb..biasela..Math lemah siot!huhu

About 15 minutes later,kitorang sampai.. Ini disebabkan nak makan nasi lemak nye hal la neh! Hahaha Sanggup datang jauh2..hehe Pastu kan..pastu..erm..pastu..Korang tengok jelah gambar2 kat bawah ni.. Aku xde idea nak tulis ape dah..hahaha 


Juz in front of Glasgow University. Cantiknye Subhanllah kawasan  uni niii!!!

Korang pasan x menara yang tinggi tu?? Yang tu dorang habaq kat cek menara tu salah satu tempat berlakon filem sekual  Harry Potter. And I said "What??here??" sambil buat muke minx penampar..hahaha Means kagumla sekejap..

Eh2! 2 orang ni..Kalau da bergambar... Mane pikir pape da.. =P Yang budak depan tu, erkenang pakwe lame ke?hahaha

Glasgow Sport Centre. ape motif ntah aku amek gambar ni..hehe

Jeng3! hahaha mane lagi cantik? Aku ke bangunan belakang tu?hahaha
At Korvernhill Museum Gallery & Art! It's free entrance..hehe

Finally,sampai jugak kat Wau Cafe ni.. =)

Tiga Dara Pingitan. =0
Not mine! Ni nasi sape ni memcapap kat blog aku?hahaha Ni lah Nasi Lemak Special too.. Memang sedap. amat sesuai untuk sape yang gemar makanan pedas.. Aku rasa buat kesekian kali ni je aku akan pegi kat restoren ni.Sebab aku memang sorang xtahan makanan pedas. Maaf sangat2 kalau lepas ni kalau korang ajak aku menolak goreng2.hehe.Kalau makan pedas, memang toilet kat hostel aku nilah akan jadi rumah ke-2 aku lah jawabnye..hihihi =)

Have a nice reading! Bye! =P

Saturday, 24 November 2012

~Hargailah apa yang kita ada~




Assalamualaikum.. walaupun sakit perut gila n ntah ke berapa kali aku pegi toilet,entry kali ni kene siapkan juga. Inilah satu2nye bende yang aku paling rajin nak hapdate..ngeh ngeh. Da sakit2 ni terkenang kat arwah mak. Sedih siot. Walaupun bertahun da berlalu peristiwa tu, aku hari2 rindu mak aku. Yelah, kalau aku sakit ni dia la jaga aku. Sekarang sakit2 ni nak report kat sape. Sendiri2 la tanggung. Nak ngadu kat suami,xkahwen lagi. Xkan nak cite kat bapak aku?? Nanti bapak eden Pikior anak dia yang sorang x ‘tough’ weyh..hahaha

Sorang2 tanggungla.. Tapi aku target lepas abes kawen…opss..lepas abes belajar ni aku nak terus kawen..apo kono eh jah..tersasul yo?haha..sape setuju? Haha kompem semua setuju.. meowww!! Yelah,aku ni sebenarnya manja.tapi dgn certain2 orang jelah..xkan nak manje dengan apek jual sayur lak..memang dapat free sayurla pasni..kah kah kah Apelah yang aku merepek ni sampai satu perenggan lak tu..haih

Okla..aku penah ingat dulu. Time tu aku sekolah rendah kot. Aku demam teruk gila sampai xley bangun. Xpenah lagi la aku demam macam tu sejak da meningkat dewasa ni. Muntah xyah cakapla,berbaldi-baldi kata kaww..haha yeakk! Mak akulah yang susah payah yang jage aku. Mandikan aku, lap2 badan aku.. owhh..so sweet! Tapi memandangkan aku ni hidup dalam keluarga yang besar, aku xdela merengek nak macam2. So sorry k. I am not that type..maybe ad suami nanti mungkinla aku akan “dera” dia sikit..hehehe Merengek nak macam2..kui kui

Aku paling respek mak abah aku sebab xpernah lagi la tengok dorang gaduh hatta nengok mak lawan cakap abah aku selama dorang kawen ..(xtahu la time aku nanti  =) ) Yes sehingga akhir hayat..begitulah.. Buat pengetahuan korang mak abah aku ni kawen ikut pilihan atok n nenek. Dengar cite mak ade pilihan hati sendiri. Tapi,orang dolu2,manela berani lawan.. kan2? Tapi,disebabkan perkahwinan dorangla,dorang dikurniakan anak yang comel ni..ehem2.. =)

Lagi satu, yang suka sangat abah ni suka kaco anak2 dia..haha Time kecik2 dulu.. Sekarang pun ye..suka kaco akak aku yang sorang tu,kuat melatah. Agaknye keturunan kot.haha Balik je surau ajela agenda dia..kaco orang.. Satu aktiviti kegemaran dia(sejak ade astro kat umah..disaster!) lepas balik surau satu family layan cite Tamil..hahaha 

Al-kisahnye..citer Tamil ni sebenarnya penuh pengajaran..sampaikan aku pun da terjebak.hahaha Yes..its happen almost every night except ade game bola! Herghh..time tu abah sorangla mengkonker tv..kalau abah tengok tv,no one would dare to ask to change the channel! Haha Abang aku yang sorang ni lak,lain lak citernye..tengok citer Tamil ke Hindustan ke ley nanges? Ape celoppp!! Muke jer ganazz,dalam hati taman bung ataman permainan,taman perumahan sume ade..Hahaha neway..soe abg!

Mak,kalau dia ade,aku rasa mungkin hidup aku lagi bahagia..Tapi nak buat cemane..ajal dia.. Kan mati tu paling dekat dengan kita.. It’s almost 9 years.. Tiap kali aku ingat dia,tiap kali tu aku nanges..Hanya mampu sedekahkan  Al-Fatihah je.. Aku sebenarnya ade entry spesial untuk mak yang da siap aku tulis reserved untuk blog.Time tu lak belum ado lagi blog ni.. n Laptop lame(sekarang gune laptop baru)tu nasib dia da xketahuan..haha Titik!

To Mak, Abah n Family..Doakan saya kat sini.. I love U till jannah.. .





Monday, 19 November 2012

~Nottingham Game~

Netball Strathclyde 2012
(dari kiri:yuhsuan,chee hui,amber,Wanie@wanda,farah,naemah)
(duduk dari kiri: Ash & Adilah)

Wednesday, 14 November 2012

~Salam Maal Hijrah~



Assalamualaikum semua..

Bila difikir2kann apa yang da aku buat selama setahun melayari perjalanan sebagai seorang hamba Allah, aku tertunduk malu.. Sebagai manusia biasa banyak betul perkara yang aku alpa dan lalai.. Adakah tanggungjawabku sebagai seorang anak sudah terjalan? Adakah tuntutan untuk belajar telah ku laksanakan sebaik mungkin..yang terpenting sekali..adakah aku sudah jalankan tugas tu sebagai hamba Allah sebaik mungkin??? Allah..Allah..Allah.. itulah yang bermain dalam fikiran ku sekarang..

Buku catatan amalanku,adakah aku telah penuhkan dengan dengan kebaikan? Adakah Sijjin ternyata lebih tebal catatannya kerana ku tahu aku bukan manusia sempurna,hanya bisa berusaha menjadi yang terbaik ataukah Illiyin yang aku hampir terabai itu semakin menipis, yang terkadang melakukan kebaikan bila sedar diketuk dari mengharap dunia?? Sebagai manusia,aku inginkan yang terbaik untuk diriku,keluarga ku,sahabat2ku.. Maaf andai banyak berbicara tanpa menjaga hati kalian..Kerana kadang2 hatiku juga xterjaga..Maaf jika perilaku ku tidak menyenangkan dirimu, kerana kealpaanku pada dunia.. 

Moga2 azam baru ini menjadi kekuatan aku untuk berjaya dunia & akhirat walaupun kutahu syurga abadi itu susah digapai..

Salam Maal Hijrah. Saat buku catatan amalanku ditutup, harap ada sesuatu yang baik tertulis dibuku catatan yang baru dibuka.. 

Jazakallahu khair.



Monday, 5 November 2012

~Jiwa Yang Rapuh~


Assalamualaikum... =)


Wahai jiwa yg selalu berduka..berdoala pada Tuhan pabila dilanda masalah..Allah itu Maha Besar dan Mengetahui..

Wahai jiwa yg tidak tenang lagi mengeruhkan,ucapkan zikir kepada-Nya..nescaya Dia akan menunjuk jalan..

Wahai jiwa yg sedang dilanda amarah, ucapkan kata-kata pengampunan kepada-Nya agar jiwamu sentiasa dalam jagaannya..

Wahai jiwa yg sering mengharapkan keampunan-Nya jgnla kau berputus asa mengucap kalimah Illahi,sesunggunya Allah Maha Mendengar...

Wahai jiwa yg alpa, dan apabila datangnya kesusahan igtkan aku agar aku mengingatiNya..

Wahai jiwa yg sakit pabila diri dilanda musibah,jgnla kau bersedih, berdoala agar kau xdisakiti..

Wahai jiwa yg bersukacita,tahanlah diri daripada melakukan perkara sia2...

dan apabila hati tidak tenang wahai hatiku..kembalilah pada jalan Allah agar aku tidak tersesat dlm cahaya yg benderang...

Maka hati yg suci itu mampu mengelak diri dari dr kemaksiatan yg kita tidak sedari..
p/s: untuk diri sendiri juga rakan2..


Nukilan,
Cikwanda

p/s: menerima hasil nukilan dari anda semua jika nak diposkan di blog saye.. =) (sila pos kt emeil ye)

Wednesday, 31 October 2012

~Trip tu Edinburgh~




Assalamualaikum..semoga sihat2 belaka..udoh lame rasenye teman x meng'upedate' blog.. Lately,agak buzy sikit,balik dari kelas je badan pun da penat..xde mood nak tulis..haha..So tiba2 arini rasa kesian lak kat blog..sunyi tanpa entry baru..macam da nazak.haha Dengan badan yang agak penat, tiba2 rasa bersemangat nak update blog ni..huhu Penat?? Baru habes berlatih netball untuk Notts Game nanti.. Doakan kemenangan kami yea.. Sorry..kalau entry ni bersifat SERIUS! Deng! The jokes are gone nowhere..

 Last week, Wanie & a few members (shall i says their name?)yeah..rasanya kena jugak..baru sedap cerita..hehe.. Name2 berikut adalah Adilla (camera girl), Michelle & Durra (both are the models).. Dorang memang sporting gilekkss! haha. Okehh.. Continue... Wanie & dorang pergi (kalau dalam english kene dorang & wanie, but...who caress?? Wahhh..this is not me!) okey..sambung lg..kitorang pergi Edinburgh.. Before that, macamane nak sebut Edinburgh dengan betul? Bagi yang xtahu nak sebut macam Wanie ni..kita kene sebut macam ni okey.. 'Edin-bur-ergh' betulke? (sebut laju2) haha xtahula korang baca macamane..haha


By the way, kita pergi naik tren dari Queen Street to Edinburgh.  It's only take 8 pounds untuk pergi & balik sebab ada railcard. Murah baq anggg!! Ada railcard ni memang murah nak pergi mane2..Perjalanan memakan masa 40 minit je.Permandangan sepanjang perjalanan memang cantik! Subhanallah..memang cantik.. owh ya! Dari tren kita boleh nampak wind turbines yang terbesar din Edinburgh kot..(kalau xsilap..nanti Wanie check balik keh). Terasa takjub dengan ciptaan Allah..Subhanallah..Edinburgh, I'm in love! Wahh..gitu! =)


Permandangan dari dalam tren. :)


Luas pemandangan..Maap le..enset murah je..gambar pun Not Bad.haha

Da sampaiiii! Tempat paling jauh penah Wanie pergi dalam Scotland ni..Alaaaa..dekat2 ajelah dulu..esok2 pergi tempat2 lagi jauh..hehe..  So, lepas kuar tren..sejuk beku weyhh! Pakai gloves pun terasa sejuk sampai urat kentut! hahaha 0pppss! out of record!  OK..da sampai Adilla & Michelle(our tourist guide) bawak Wanie n Durra pergi castle. Edinburgh ni nak habaq mai terkenal dengan castle-nye..yang masih lagi berdiri gah. Memandangkan castle nye kat atas bukit kitorang naik bas No.11 jer la pergi sane.. Actually, lagi best sebenarnya jalan kaki dari naik kereta.. Seyesly! 


Tempat yang ingin dituju..Nampak je jauh..tapi dekat jerrrrrrrrr.. (korang xyahla baca jerr yang panjang tu bulat2) hehe..



Ready untuk lompat! haha..i dont know ke berape ratus kali kitorang cuba amek gambar lompat!  Sweet moment! :)



haha..Lompat lagi! Tangan durra kene muka Wanie..Sampaikan mat salleh pun gelak tengok.amek kaw!  (Michelle da xsabar da nak lompat lagi)


Lepas tu, kitorang jenjalan lagi.. jalan..amek gambar..jalan amek gambar..setiap kali berenti amek masa 20 minit.. Bila sorang nak amek gambar kat temapt tu..sume nak amek gambar jugak..haha so funny! So panjang kalau nak di ceritakan! Tengokla gambar2 ni.. =)


Perempuan kalau nak bau bunga mesti tutup mata. Xtahu kenapa.sebab Wanie pun macam tu..haha 


See? Wanie pun tutup mata.Control ayuuu...


Peta penuh disekitar castle.Castle is the one on the top of the hill. See??



Di depan Castle.Posing dulu boh! ;)



I dont know exactly apa maksud tulisan ni.  Tapi ni lah lambang yang terdapt di pintu gerbang castle ni..


Dalam castle daaa...


Sampai sini jer boleh masuk. Nak masuk castle ni kene bayar  15 pounds. Ermm..mahal,xyah masuk!


Before balik, snap2 dulu..


Ok, seterusnya kitorang nak pergi National Museum of Edinburgh. Sambil2 tu masuk2 dulu  kedai2 cenderahati yang terdapat sepanjang jalan2.. Banyak bende yang dorang jual. Mostly, same je barangnye..cuma ade yang jual mahal,ade yang jual murah sikit.  Wanie nak cerita sal gambar kat atas ni.Mesin ni agak unik sebab bila kita masuk duit 1 pence dia akan jadi macam ni. (scroll ke bawah)


Duit 1pence tadi jadi macam ni! Tapi xbuat pun sebab kene bayar lagi 50p untuk gerakkan mesin ni..hati kuat mengatakan xmauuuu!!


Ini lah prmandangan dalam National Museum Scotland yang terletak di Edinburgh.. Xyah risau memikiorkan sal yuran masuk sebab ianya freeeeee.. I like it! hehe 


Da habes melawat museum, kitorang pergi berjimba..hahaha Edinburgh Dungeon here i comeee! At the first, Wanie ingat macam cinema. No3..jangan cakap dulu..huhu  Errr..takotla nak cakap..errr..takotla...ermmm..emmm...okla..Wanie cakap, Edinburgh Dungeon tu rumah hantu..hohoho So, fee nak masuk only 12pounds kalau beli online.. xyah da nak beratur tunggu nak beli tiket masukkan.. Dipendekkan cerita, last2 sekali kitorang naik Spaceshot! First time naikkkk.. Tobat! Xmau naik dohh..Rasa macam jantung, paru2, hati tertinggal kat atas! hahahaha..(Dinasihatkan pesakit jantung & ibu mengandung jangan naik, I really mean it!) hahaha


Next,bila korang datang sini korang jugak xyah risau pasal solat,sebab kat sini ada disediakan masjid. Alhamdulillah..hargailah tempat solat.. Andddd... korang jugak xyah risau pikir sal makan sebab kat sini ada satu restoren halal called Mosque Kitchen.. Kari weyhh kari! sedap ooo. Tip Top! hahaha Wanie suka Nasi Pilau(kaler perang keputihan sikit. Xtahula cemane korang bayangkan nasi tu.)..hehe

So, jam pun da dekat kul 6, kitorang berlari2 anak menuju ke stesen tren. Nak kejar tren..Ada ke kejar tren??Konpius la..haha So sorry, sepatunya entry kali ni adelah berkisar makanan.Tapi, xpe..kita cerita lain kali pulak okeh? Yang pastinya hari tu memang best!! Goodbye Edinburgh! 

Wassalam..

Sincerely,
~Wanie~

Thursday, 25 October 2012

~Hepi Eid Adha~




Assalamualaikum.. hyee!!..terima kasih sebab still lagi menziarahi blog Wanie yang xbape femes ni..hehe Well done! agagaga... 

Pssstt! Psttt! bak la sikit lemang ngan rendang tu..oooo..kodokut yoo..xpe2..xnak kasi..Kite bakoorr!..kite bakoorr..hehe (seperti biase..iklan duluuuu) :)

Seperti tahun2 yang lepas,Wanie akan beraya bersama family tercinta..tahun ni je..raya berjauhan sikit..Sikit xsikitla..kalau berjalan mau kematu kaki..(tipulahkan Wanie ni??ade ke nak jalan balik Malaysia...) Kalau jalan dari hostel ke airportlaaa..hehehe

So,selalunya kat kampung time raya je (same je raya puasa ke raya haji ke) wajib buat lemang,rendang & daging masak  hitam..perghhh!!!! Sedap sampai terjilat jari kaki orang sebelah..hehe. Yarkkk! Sehari sebelum raya mesti satu family akan gotong-royong siapkan juadah raya,kemas rumah..haha.. Kakak & adikla selalunya paling aktif siapkan semua benda.. Masukkan kuih raya dalam balang, cuci pinggang mangkuk dll.. Wanie?? haha..malam raya kan selalu TV akan kuarkan movie yang best2..Menempekla kat depan TV tu sabil ngunyah2 (I not gonna let my mouth stop chewwing)..haha Tapi seronokla tengok gelagat satu rumah time tu.. I miss that time.. owhh..dear..

Wanie orang paling pentingla kalau nak buat lemang..hahaha Kepada mak2 kat luar sane amekla saya buat menantu..hihi Tiap2 tahun boleh tolong buatkan lemang..haha ( angkat bakul sendiri) By the way, lemang ni ade cara nak buat jugak! Takleh nk memandai je.. Nak kene masukkan daun pisang lagi..perghh..mencabar keimanan aku ! Kalau sape2 yang sejiwo dengan Wanie, yang pernah buat lemang mesti paham..kan2?hehehe

Lagi satu,kalau salah buat nanti mentah..sapo eh nak makan?? Nak2 pulak abah eden suko bona amek upah buek lomang..Eden sebonarnye..eh2..Wanie sebenarnya takot lemang tu mentah jeee..sian orang yang tempah lemang bergantang2 tu.. Tapi Alhamdulillah setakat ni..memang sedap lemak berkrimla..hik hik (pandai betul aku cover line) Okeh..bolehla lagi dimakan..Gelak pendek.. Ha!

Antara menu wajib di hari raya:

1. LEMANG,RENDANG AYAM,DAGING HITAM
2. LAKSA
3. MEE KARI
4. BIHUN SUP


Semua menu di atas adalah paling laris dan mendapat permintaan tinggi dihari raya! Lapar2... Pada malam raya pulak, Wanie suke dengar lagu raya, layan perasaan la katakan.. I loike lagu raya Aman Shah (Kepulangan yang dinanti). Syahdu benooo la kalau dengorr.. It's very sentimental song! Selalunya drama raya pun suke gak mainkan lagu tu..aku pun xpaham kenapa.hehe

There's so much memories in mind.. Sometime we should tell people about that, but sometime, let juz keep it ours. Dikesempatan ini, Wanie ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua yang mengenali diri..Maaf zahir & batin. May Allah bless all of us.. 

~Wassalam~

=) Lawak Aidil Adha



Wednesday, 24 October 2012

~Jalan-Jalan Cari Makan~



Assalamualaikum..

Semua sihat?? Jangan ngade2 buat xsihat plk k sebab xnak pergi kelas. Tuhan tahu.hehe Wanie baru je lepas kol mak angkat Wanie kat Malaysia yang 2 tahun xjumpa kot,tp still keep in touch!.. She sound soo happy. Lega rasanya dapat bercakap dengan mak. Wanie bukan sengaja2 mengarut2lah! Ade benda Wanie nak sampaikan. Leme tell u something, walaupun kita jauh tetapi kita kene sentiasa ingat dorang dihati. Hidup ni kita kene hargai orang yang disekeliling kita! Nanti dah xde depan mata,xley nak call da.hehe Anyway,selingan je tu..

Ada ramai..emmmm...no.no..no..2-3 orang kawan Wanie suruh masukkan gambar..Alahaii..ukan ite xnak macukkan..gambar ite xcantik..hehe manjenye..Cweetkan?Bluerrrkkkk! Gelinye Wanie dalam versi budak2 ni..haha..


Tuesday, 23 October 2012

~ Hari-hari Seterusnya~



Assalamualaikum semua..mesti rindu nak baca entry Wanie kan? Ahakk! Rasa nak termuntah kan baca..xpe..muntah je..freeee..hehehe.. Entry kali ni adalah sambungan dari entry yang lepas.. Sambil baca layan ajelah lagu yang sedang dimainkan ni! Sape tahu angkat keninggg!! Tapi xde hadiahla..huhu Contest ape ni… The title of the song is Cahaya Hati from Opick (Indonesian Singer)..Wanie suke semua lagu2 dia..sungguh menusuk kalbu..

Continue…

Dah habis selesaikan semua perkara2 berkaitan University, Wanie pergi “sopping” dengan kawan2..Aipp..ni bukan suka2 nak shopping yea..terrrpaksa! hahaha Aktiviti yang paling digemari.. Wanie nak shopping baju sejuk atau coat nama saintifiknya.  Kitorang pergi shopping kat Sauchiehall Street (salah satu tempat orang2 sini shopping) which is there are a lot of shops offering you a very great price! SALE! SALE! Kawan2 Wanie bawak Wanie kat beberapa tempat shopping yang sememangnya murah...

First kedai yang Wanie pergi adalah PRIMARK. Tempat menjual pakaian,duvet,kasut,beg and lain2 lagi..Lebih kurang macam SOGO la korang punnn..Actually, sebelum pergi lagi da terngiang2 kat telinga pasal tempat ni..Sebab memang murah! Dik,ni nasihat dari akak..xyah beli baju sejuk kat Malaysia banyak2 k sebab sampai sini korang akan bershopping lagi n jugak murah dari Malaysia.’Akak berani kerat kuku jari taw!!hehehe  J

At this moment, Wanie jadi serba salah nak shopping..haha (yeke aku rasa macam tu?)Bukan ape kang terlebih membeli kang, xke makan rumput je..So,I keep remind to myself juz buy the important things only!! Tapi….it won’t help! Hahaha Okey Nampak sangat Wanie ni gila shopping kan? Hehe

After that, kitorang pegi ARGOS. Macam2 ada. Nak dijadikan cerita, Wanie & Hazim pegi ARGOS sebab nak beli ricecooker & kettle. Kitorang pusing2 jelah..Pastu cari barang xjumpe. Dalam hati2 rasa nak maki la jugak..Kedai ape ni??xde barang sangat pun! Rasa macam ditipu.. Wanie xpuas hatila kan..Pastu Wanie pergi sorang.. Rupa2nya kita kene order dulu kat tempat ‘USHA2 BARANG’..hahaha..bengapnye la aku ni.. Opsssie…Kat Malaysia xde macam ni la…hehehehe  Pastu senyum sorang2 sebab kebodohan diri.. Jangan buat macam ni k. Kalau xtahu tanya terus..huhu

Wanie suka cara dorang berniaga kat sini. Memudahkan pembeli. Dorang  sediakan khidmat home delivery. Juz search web dorang and then pilih je mane2 barang yang korang suka . Jangan lupa bayar pulak. Kalau x,sampai bila2 la xsampai.. Korang akan terasa jimatnya tenaga and masa aku!!! hehe

Okla...sampai sini je entry kali ni…Eh,jangan nanges..hehe  Nanti Wanie cerita pasal makanan kat sini pulak. Macamana nak kenal pasti makanan halal and restoren2 halal kat sini. Okeh??


SELAMAT MEMBACA! J



Sunday, 21 October 2012

~Tips Untuk Kawan2 Yang First Time Travel~



Assalamualaikum kepada semua readers.. Jyeahhh! I’m back! (ape kono budak ni??)..Abaikan.. hehe..harap semua sihat..kalau xsihat cepat2la jumpe bomba (Wanie..xlawak).. OK2..

Entry kali ni Wanie nak bg TIPS sikit bagi sesiapa yang nk datang or nak holiday ke luar negara especially yang nak datang UK time nak masuk winter.. Before datang sini kita kene siap2 diri dari segi mental & fizikal.. Nak2 berada ditempat orang kan.. Entry ni untuk orang2 yang first time nak  pergi oversea jerr ..macam Wanie..yee guys..first time... J  Harap2 berguna.

    Antara barang2 penting untuk dibawa:

*      Barang2 peribadi.
*      Makanan (byk pun xpe..xpe..bawak je!)
*      Baju yang tebal2. Sebab sini cuaca sangat sejuk. (Abaikan tip ni kalau mampu tahan sejuk)
*      Jangan lupa losyen badan & produk yang ade MOISTURISER. Kat sini Wanie guna moisturizer NIVEA and cleanser dari BODY SHOP warna pink sebab dia ade moisturizer & Vitamin E which is help condition & protect against dryness.
*      Bawakla Al-Quran bagi yang Muslim. Tuntutan agama jangan dilupa. J
*      Oh..yeaaa..penting jugak ni..Kalau nak pegi mane2 bawakla botol kosong taw..Toilet kat sini gune tisu je.(Selesa ke guna tisu je?)hehe
*      Pastikan ada cash money dalam poket tu.
*      Mintak tolong kawan UOLS ingatkan diri UOLS supaya ingatkan tentang beg2 UOLS. Bagi yang pelupa macam Wanie ni memamg Wanie akan buat macam tu..
*      Kalau ada orang yang xdikenali mintak korang jaga beg dia ke masa kat Airport,quickly reject their request!! Bagila alasan,saya bukan penjaga beg, atau tiba2 buat TIDO walaupun masa tu korang tengah berdiri! Haha..apela Wanie sempat lagi buat lawak bodoh..Takot jadi kes aniaya. So, Be aware!

So, hati2 yea.. Assalamualaikum..Have a nice read… =)