Ya Allah
Jiwa ini sudah lama menzalimi nikmat-MU
Hingga ku rasa tidak mampu lagi berpatah kembali
Untuk mencari redha-MU..
Nikmat-Mu yang dulu, aku sering persiakan.. tidak pula
Engkau tarik dari ku
Kerana Kasih sayang-Mu melebihi apa yang ada di dunia..
Kadang-kadang mata ini tidak langsung mahu melihat segala
kebaikan-MU
Buta hati lebih teruk dari buta mata…
Walhal apa yang dirancang oleh-MU itulah yang terbaik
untukku.. Butanya hatiku..
Ya Allah..jika Huda ini datang kepada ku
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Sekatlah ia sehingga berjumpa denganku..
Engkau lindungilah daripada apa yang menzalimi diriku..
Jika aku sedang, Engkau tiupkanlah aku semangat para pejuang
–MU ..
Jangan dibiar diri ini merasa berseorangan..
Jadikanlah hati ini kuat dalam mengharungi cubaan-MU
Yakinkan hati ini dalam mencari kemanisan hidup ini..
Jalan menuju-MU ya Rabb..
Jika AJAL mendahului, daku pohon agar diambil nyawaku diwaktu IMAN ku masih ada..
Jika AJAL mendahului, daku pohon agar diambil nyawaku diwaktu IMAN ku masih ada..
*niat kerana Allah,Insya-Allah, Allah tunjukkan jalan*
terima kasih Allah kerana Engkau telah temukan aku dengan seorang hamba-MU lalu mengetuk pintu hati ini daripada berputus dari rahmat-MU..
=')
No comments:
Post a Comment