Wednesday, 14 November 2012

~Salam Maal Hijrah~



Assalamualaikum semua..

Bila difikir2kann apa yang da aku buat selama setahun melayari perjalanan sebagai seorang hamba Allah, aku tertunduk malu.. Sebagai manusia biasa banyak betul perkara yang aku alpa dan lalai.. Adakah tanggungjawabku sebagai seorang anak sudah terjalan? Adakah tuntutan untuk belajar telah ku laksanakan sebaik mungkin..yang terpenting sekali..adakah aku sudah jalankan tugas tu sebagai hamba Allah sebaik mungkin??? Allah..Allah..Allah.. itulah yang bermain dalam fikiran ku sekarang..

Buku catatan amalanku,adakah aku telah penuhkan dengan dengan kebaikan? Adakah Sijjin ternyata lebih tebal catatannya kerana ku tahu aku bukan manusia sempurna,hanya bisa berusaha menjadi yang terbaik ataukah Illiyin yang aku hampir terabai itu semakin menipis, yang terkadang melakukan kebaikan bila sedar diketuk dari mengharap dunia?? Sebagai manusia,aku inginkan yang terbaik untuk diriku,keluarga ku,sahabat2ku.. Maaf andai banyak berbicara tanpa menjaga hati kalian..Kerana kadang2 hatiku juga xterjaga..Maaf jika perilaku ku tidak menyenangkan dirimu, kerana kealpaanku pada dunia.. 

Moga2 azam baru ini menjadi kekuatan aku untuk berjaya dunia & akhirat walaupun kutahu syurga abadi itu susah digapai..

Salam Maal Hijrah. Saat buku catatan amalanku ditutup, harap ada sesuatu yang baik tertulis dibuku catatan yang baru dibuka.. 

Jazakallahu khair.



No comments:

Post a Comment