Thursday, 31 January 2013

~JODOH- Dari Kaca Mata Ku~


Assalamualaikum..Alhamdulillah ade lagi kesempatan nak share something dengan korang..So just chill out n LISTEN! ngeh2... =) Aku menulis ape saja yang terlintas dikepala aku ni..semuanya tentang apa yang berlaku kat diri aku atau apa yang aku lihat atau baca. Harap dilayan aje orang yang xbape sihat ni..hehe 

Jodoh- aku pasti semua orang nak jodoh yang baik jerl..Si teruna mestila nak yang cantik..Kalau islamik sikit mesti nak yang bertudung labuh atau berpurdah. Kalau si gadis mestila yang ni yang hensom, Yang beriman yang baik yang bertanggungjawab
..bla..bla..bla..hehe (imaginasi aku sebenarnye tu!)hehe..Kan2?? Habis kalau semua nak yang baik je,sape yang nak yang jahat atau bertentangan dengan baik tu?? hemmm..buat pembaca pernahkah anda mendengar ungkapan ini?

"LELAKI YANG BAIK@SOLEH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK @SOLEHAH,BEGITU JUGAK SEBALIKNYA & LELAKI YANG JAHAT UNTUK PEREMPUAN YANG JAHAT BEGITU JUGA SEBALIKNYA"


Jap2 tarik hingus dulu! hehehe Ehem2..Memang janji Allah benar belaka.. Seseorang yang baik pasti akan bergaul dengan orang yang baik2. Cuma persoalannya bagaimana dengan si jahat tadi?  Tahukan anda manusia bila sampai tahap kedewasaannya, dia akan mula rasa sedar dan menyesali dosa2nya yang lampau..MANUSIA boleh berubah..Mana ada orang yang xnak berubah bukan? Antara cepat atau lambat. Dan berubahlah kerana Allah.. Ye kerana Allah..bukan kerana perkara lain..Bukan kerana ingin mengahwini seorang lelaki soleh atau perempuan solehah. Setiap apa yang kita kerjakan Allah akan melihat kepada nawaitu kita dulu..Jadi berhati-hatilah. =)

Sebenarnya bila kita mendapat jodoh yang banyak kekurangan,kita perlu berusaha menarik dia kearah kebaikan dan memberi ilmu agama.. Kita bukan ustad atau ustazah nak ngajo agama..Just bagitau apa yang kita tahu jelah.. Dakwah jugak tu..kan?(mula da kuar bahase deme). 

Yakinlah dengan jodoh yang Allah beri. Itu yang terbaik buat kita sebenarnya. Kan Allah lebih Mengetahui. Dan aku juga sedang belajar menerima kekurangan dan kelemahannya walaupun aku xtahu benarkah apa yang ada di depan mata aku ni jodoh aku atau hanya sekadar angin lalu sahaja. Bukan ingi menjauhi tetapi terpaksa. Bukan ingin melukai tapi ingin menjaga hati. Bukan mendiamkan diri tapi ingin mengumpul kekuatan. Bukan ingin berpisah melainkan ingin melatih diri agar menjadi lebih sabar.. Bukan xnak ambil kisah,tapi apa yang jiwa ini perlukan ketenangan!

Maafkan daku kerana bertindak sedemikian.. Aku menyayangi mu kerana AGAMA yang ada pada mu.. Ku ingin berubah menjadi baik dalam erti kata dapat mengatasi kelemahan yang engkau ketahui demi masa depan.. Cuma satu sahaja yang ku pinta bersabarlah melayan karenah ku.. Akhir kata: JOM tambah ilmu agama, ilmu dunia, ilmu yang baik2 demi masa depan!! Jazakallah khairan khatira..

Wassalam...(o_o)V  (mata bengkak) hew hew...




No comments:

Post a Comment