Nama aku tudung,
Aku punyai banyak nama,
Tudung bawal, Tudung labuh, Tudung panjang, tudung pendek, tudung syria, dan bermacam nama-nama lain yang femes kat pasaran sekarang,
Aku diperbuat daripada 'Cotton', 'Satin', 'Koshibo', 'Chiffon' dan berbagai-bagai,
Aku suka kalau ada mana-mana wanita gunakan aku untuk menutup aurat mereka,
Aku seronok sebab aku jadi perlindung buat mereka,
Aku merasa syukur sangat-sangat bila mereka gunakan aku untuk keluar rumah,
Walaupun hanya selangkah dua keluar rumah untuk menyidai baju ataupun menyiram pokok bunga
Aku suka dibelai oleh tuan pemilikku,
Indah sangat perasaan itu,
Lagi indah jika wanita itu melabuhkan tudung itu sehingga menutup apa yang sudah menjadi kewajipannya,
Aku ingin menjadi perlindung kepada wanta daripada lelaki-lelaki diluar sana
Supaya tubuh wanita itu tidak sewenang-wenangnya diratah mentah-mentah oleh pandangan lelaki
Namun, kadang-kadang aku rasa sedih sangat,
Akibat kurangnya beradap ataupun tiada akhlak oleh si pemakai,
Aku selalu sangat dipersalahkan,
Walaupun aku tak bersalah dalam hal itu,
Aku hanya menjalankan kewajipan aku,
Sinis suara mereka
''Harap saja bertudung, tetapi mulut kamu berpuaka''
Ataupun,
''Harap je bertudung labuh, tapi perangai gedik sangat''
Paling aku tidak boleh tahan
''Cabut jelah tudung kamu, kamu tidak sesuai memakainya sedangkan perangai kamu tidak seindah bahasa,tak secantik rupa''
Sedihnya..
Bukankah aku pelindung aurat wanita??
Aku sangat kecewa bilamana aku dipersalahkan,
Allah mewajibkan wanita menutup aurat, bukan wajib 'bertudung' tapi harus jua menjauhi daripada pakaian yang ketat dan sebagainya.
Harapanku,
Gunalah aku sebaiknya,
Jangan biarkan aku reput di dalam 'gerobok', dihujung dan paling bawah, terselit dicelah-celah rimbunan bajuan,
Ambillah aku,
Tutuplah auratmu,
Agar suatu hari nanti,
Aku bisa jadi saksi mu dikemuadian nanti,
Bahawa kau telah melaksanakan suruhan-Nya yang satu ini.
Wanita solehah hiasan syurga.
Doakan saya.